Pages

Saturday, November 05, 2016

Remaja berikan petrol percuma kepada penunggang motosikal






egamat: Remaja lelaki berusia 19 tahun mencuri tumpuan apabila memberikan petrol percuma sebanyak 359 liter kepada pemilik motosikal bertujuan meringkan beban mereka.

Remaja terbabit, Nur Syafiq Sazali menawarkan bahan bakar percuma itu di stesen minyak di Jalan Genuang di sini, petang tadi.

Kehadiran remaja berkenaan menarik perhatian ramai apatah lagi sikap murah hatinya itu membolehkan ratusan penunggang motosikal pelbagai jenama berbaris panjang semata-mata mahu mendapatkan minyak petrol secara percuma selama sejam bermula jam 6 petang tadi.

Nur Syafiq berkata, sebanyak RM700 dikeluarkan bagi membayar petrol RN95 kepada pemilik motosikal.

Dia yang menetap di sekitar Tenang di Labis menjalankan perniagaan alat ganti kenderaan bersama beberapa rakannya sejak beberapa bulan lalu amat memahami keadaan semasa kos pengunaan minyak petrol terhadap pengguna motosikal walaupun ia berkuasa rendah.

Nur Syafiq berkata, dia berbincang bersama pemilik stesen minyak berusia 60-an dan hanya menggunakan satu pam minyak untuk memberi bahan bakar itu secara percuma.







kredit source



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..