Pages

Wednesday, December 28, 2016

Diskaun kompaun trafik DBKL hingga hujung tahun





KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi diskaun khas bermula 4 April lalu kepada orang ramai yang mempunyai saman bagi kesalahan meter parkir dan lalu lintas. Jabatan Perancangan Korporat DBKL dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kadar khas itu membolehkan pesalah trafik menjelaskan kompaun hingga akhir tahun ini sebelum kes mereka disenaraihitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kadar Khas 2016 itu diberikan kepada penunggang motosikal sebanyak RM20,  pengguna jalan raya seperti kereta, van, lori kecil, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) sebanyak RM30 manakala kenderaan berat seperti bas, traktor, lori besar, lori kontena, jentera dan kren sebanyak RM100. "Namun, kadar itu tidak sah untuk kesalahan yang disenaraihitam, kes yang sudah didaftar di mahkamah serta notis dikeluarkan di bawah seksyen 53 APJ/JPK 57 (saman dan lorong bas) iaitu kesalahan lalu lintas bergerak seperti ingkar isyarat lampu merah, potong barisan, petak kuning, dan larangan masuk. (Notis merah jambu)," kata kenyataan itu. Pengguna trafik boleh terus membayar kompaun itu di kaunter bayaran DBKL terdekat (jika mempunyai salinan notis kompaun asal atau cetakan daripada sistem Spesifikasi Piawai Jalan (SPJ), kaunter pejabat POS seluruh negara (pembayaran secara tunai sahaja), kiosk pembayaran (selepas sistem beroperasi) atau menerusi atas talian di www.myeg.com.



www.myeg.com. 






LAMAN sesawang DBKL di http://www.dbkl.gov.my/index.php?lang>ms

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..