Pages

Saturday, January 28, 2017

Gadis masih bersekolah diperkosa teman lelaki hingga hamil



Tertuduh (dua, kiri) dikawal polis ketika menunggu kenderaan untuk dihantar ke Penjaraa Pengkalan Chepa. - Foto Sinar Harian

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, tadi, atas tuduhan merogol kekasih bawah umur sehingga mangsa mengandung.

Tertuduh yang berusia 19 tahun didakwa dua kali merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun 4 bulan pada tahun lalu.

Pada tuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Padang Salim, Peringat, di sini, antara jam 2.30 dan 4.30 petang dalam bulan September.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi merogol mangsa di lokasi sama antara jam 11.30 pagi dan jam 4.30 petang dalam Disember, tahun sama.

Akibat dirogol teman lelakinya itu, mangsa yang masih bersekolah tersebut mengandung, namun keguguran ketika usia kandungannya enam bulan.









KREDIT


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..