Pages

Wednesday, January 11, 2017

Hutang penjawat awam tinggi



PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa meminta Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Perbendaharaan Negara mengkaji semula skim potongan gaji penjawat awam kerana terdapat kakitangan kerajaan yang dibebani hutang yang tinggi.

Ali berkata, beliau dimaklumkan ada penjawat awam yang tidak mempunyai sebarang baki wang selepas gaji mereka habis dipotong untuk membayar hutang.

Menurutnya, punca utama masalah itu berlaku kerana penjawat awam terbabit ingin hidup mewah dan ia dikhuatiri boleh menyebabkan rasuah terjadi.

“Saya sudah nasihatkan semua ketua-ketua jabatan untuk memantau cara dan gaya hidup penjawat awam di jabatan masing-masing dan hutang mereka perlu dikurangkan.

“Dimaklumkan ada penjawat awam yang tinggal cuma 40 peratus (baki daripada gaji) malah kosong pe*ratus pun ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN) 2017 sempena Majlis Penganugerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana di sini semalam.




sumber:


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..