Pages

Friday, January 13, 2017

Majikan beli ikan paus 8 tan untuk dihidang kepada pekerja



AGENSI - ORANG ramai menyaksikan cef restoran memotong ikan paus seberat 8 tan.

JIANGXI, China – Satu rakaman video yang tersebar di sini mengejutkan orang ramai apabila chef di sebuah kantin syarikat memotong ikan paus untuk dihidangkan kepada para pekerja baru-baru ini.

Ikan paus seberat 8 tan itu dipercayai dibeli oleh majikan sebuah syarikat sebelum mengarahkan tukang masak kantin memasaknya untuk diberi makan kepada pekerja.

Haiwan mamalia itu merupakan spesies terlindung di China dan pihak berkuasa tempatan telah menjalankan siasatan terhadap laporan tangkapan ikan paus tersebut.

“Bau darah ikan paus tersebut sangat kuat. Ini merupakan pertama kali saya melihat ikan yang sangat besar dan pengalaman melihat haiwan ini dipotong adalah sangat mengerikan,” ujar seorang saksi.

Video yang dimuat naik ke laman web Miaopai itu juga menunjukkan seorang cef sedang menajamkan pisaunya sebelum memotong ikan paus tersebut. 

Dua orang pekerja yang berada di tempat kejadian pula sedang memotong ekor ikan berkenaan. – Agensi













No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..