Pages

Wednesday, January 18, 2017

Misteri lori tiba-tiba bergerak sendiri rempuh pam minyak Petronas







KUCHING, 17 Jan — Seorang lelaki bernasib baik apabila masih selamat meski dirempuh sebuah lori di sebuah stesyen minyak di Kuching semalam.

Lori tersebut yang parkir untuk mengisi minyak tiba-tiba bergerak ke arah kiri, lalu melanggar pam minyak, belakang sebuah kereta dan seorang lelaki berbaju kuning sehingga terpelanting.

Motosikal yang mengisi minyak di sebelah pam terbalik akibat dihempap pam, sementara penunggangnya jatuh tergolek. Namun dua pekerja stesen minyak itu berjaya lari.

Keadaan luar biasa itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak di Lebuh Raya Kuching-Samarahan pada kira-kira jam 6.37 petang dan disebarkan melalui Facebook.

Satu sumber di balai polis Kota Samarahan mengesahkan kejadian tersebut kepada ProjekMMO tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan.

“Ya, memang ada insiden tersebut berlaku semalam dan ada laporan polis dibuat. Tapi tidak membabitkan kecederaan serius,” kata sumber, yang enggan mendedahkan butiran nahas pelik itu.

Sementara itu, menurut Sarawakiana pula, dua lelaki mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

“Seorang lelaki yang berdiri berdekatan sebuah kereta dan seorang lagi di sebelah motosikal juga dilanggar,” kata sumber kepada portal itu.

Punca kemalangan dan anggaran kerugian dilaporkan masih belum dapat dipastikan.











No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..