Pages

Monday, January 30, 2017

Rogol, rompak pada hari perkahwinan


London: Seorang lelaki, Derry Flynn McCann, 28, dihadapkan ke mahkamah di sini, hari ini, bagi menghadapi empat tuduhan merogol dan merompak seorang wanita pada hari perkahwinannya

Polis menahannya selepas wanita 24 tahun melaporkan dia diserang dan dirogol pada awal pagi 13 Januari lalu, di sebuah taman di Hackney, London Timur, ketika berjalan pulang selepas keluar dengan rakan-rakannya

The Sun melaporkan menurut wanita itu, seorang lelaki menarik dan mengarahkannya menyerahkan wang sebelum mengheretnya masuk ke dalam semak dan merogolnya

McCann dari Hackney ditahan enam hari kemudian

Selepas melakukan jenayah itu, dia melangsungkan perkahwinan dan menyiarkan gambarnya bersama isteri di Facebook

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Thames pada 20 Januari lalu, dia tidak membuat sebarang pengakuan terhadap empat tuduhan merogol dan merompak mangsa

Kesnya akan dibicarakan pada 16 Februari ini

Isterinya yang sedang sarat mengandung, enggan mengulas









KREDIT

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..