Pages

Sunday, January 15, 2017

Wanita hamil tahan sakit bersalin pakai topeng Chewbacca, Tak henti ketawa





ONTARIO - CANADA. Seorang wanita yang sebenarnya sedang menahan sakit menunggu saat untuk melahirkan anaknya tidak berhenti ketawa selepas memakai topeng Chewbacca

Berdasarkan video yang viral di laman sosial dan laman Youtube, topeng tersebut mampu mengubah suara si pemakai menjadi suara watak Chewbacca dari francais filem Star Wars

Akibatnya, jeritan sakit Katie Stricker Curtis, 32 tersebut bertukar seakan bunyi haiwan yang kelakar dan beliau, suaminya yang merakam video, doktor dan jururawat tidak berhenti gelak

"Tak semestinya saya mahu melahirkan anak, saya tak boleh berkelakuan seperti anak kecil! Bwahahaha!" kata wanita tersebut menerusi akaun Facebooknya

Beliau mengatakan beliau memakai topeng tersebut selama 3 jam dalam tempoh 21 jam proses melahirkan anaknya

Katie selamat menyambut anak pertamanya, seorang bayi perempuan yang dinamakan Jayden Lee pada 3 Januari lepas







kredit


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..