Pages

Monday, February 13, 2017

2 Gadis Melayu Wakil M’sia Dalam Asia’s Top Model 5












RANCANGAN pencarian model peragaan Asia’s Next Top Model (AsNTM) yang disiarkan menerusi saluran Astro Starworld bakal memulakan tayangannya tidak lama lagi.

Bagi musim kelima ini, Malaysia akan diwakili dua gadis Melayu yang merupakan model profesional iaitu Shikin Gomez, 24, dan Alicia Amin, 22.

Tahun lalu, Malaysia diwakili model terkenal, Tuti Mohd Noor yang kini semakin lebat job dalam bidang peragaan selain sering kali menghiasi muka hadapan majalah fesyen terkemuka negara.

AsNTM musim kelima mempertaruhkan 14 gadis dari serata Asia seperti Singapura, Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Mongolia, Myammar, Taiwan dan China untuk meraih gelaran Asia’s Next Top Model yang terbaharu.

Di bawah merupakan portfolio dua gadis manis yang mewakili Malaysia, memang macam model pro kan lagaknya. All the best Shikin dan Alicia! – MYNEWSHUB.CC




No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..