Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Tuesday, July 18, 2023

 


Memperingati kejatuhan Khilafah Uthmaniah 3 Mac 1924




HAMPIR satu abad kita kehilangan penjaga Dunia Islam sehingga dibidak catur oleh kuasa imperialis Barat, menjadi terpencar dan hilang kekuatan tanpa roh Islam. Secara rasminya, 99 tahun lalu saat kuasa besar dunia, empayar Pax Britanica mengakar dan munjulang kesombongan dengan menjarah sebahagian besar dunia, Kerajaan Islam yang berjasa besar ini, lebih 600 tahun memayungi bumi umat Islam akhirnya tumbang. Tanah Erthugul itu kini diuji Tuhan dengan kematian puluhan ribu nyawa akibat gempa bumi pada bulan lepas, kemusnahan dahsyat yang berlaku seperti mana dahsyatnya kerancuan berfikir ummah pasca kejatuhan Khilafah Uthmaniah.

Ramai yang tidak menyedari tarikh 3 Mac ialah sejarah pilu ummah, akibat runtuhnya sebuah Kerajaan Islam yang telah memayungi sarwajagat Dunia Islam termasuk Alam Melayu. Kerajaan Islam yang berpusat di Turkiye itu melingkar jauh kekuasaannya sehinggalah ke Balkan di Eropah. Slogan ‘di mana adanya laungan azan,maka di situlah tanah air kami’ akhirnya menjadi sejarah pilu ummah.

Negara Turkiye terletak di Asia kecil dan di sebelah Tenggara Benua Eropah. Kedudukan Turkiye memang unik, kerana sebahagian besar wilayahnya terletak di Asia, dan sebahagian kecilnya terletak di Eropah. Kedua-dua wilayah yang terpisah ini dihubungkan dengan jambatan yang merentasi Selat Bosporus.

Turkiye mempunyai sejarah panjang sebagai pusat pemerintahan Islam yang menaungi sebahagian besar umat Islam. Khilafah Uthmaniah Turkiye diasaskan oleh Uthman Orthogol, berada di zaman kemuncak semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya menawan Kota Konstantinopel daripada Byzantin.

Kehebatan Kerajaan Uthmaniah mula semakin lemah diakibatkan oleh perancangan jahat orang-orang Yahudi Dunnama, di mana mereka ini telah memeluk Islam dengan niat untuk menghancurkan Islam daripada dalam (gunting dalam lipatan). Golongan Yahudi juga telah menduduki jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Turki. Kemuncak perancangan mereka golongan Yahudi merancang untuk menghancurkan Khilafah Islam. Golongan Yahudi Antarabangsa melalui gerakan Freemason yang menguasai media massa telah menonjolkan Mustafa Kamal. 

Media massa juga telah memainkan peranan penting memburukkan Kerajaan Uthmaniah Turkiye terutama kecacatan peribadi Khilafah yang bergelumang dengan keseronokan. Di Turkiye, telah ditubuhkan ‘The Young Turks’ pada tahun 1908 gerakan Yahudi ini digerakkan dengan bantuan Freemason. Golongan ini sangat agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II.

Di negara-negara Arab lain pula semangat Nasionalisme Arab telah ditiupkan dengan menganggap Kerajaan Turkiye sebagai penjajah. Negara Barat berusaha meniupkan semangat negara bangsa kepada negara-negara Arab, melalui semangat Nasionalisme Arab inilah Turkiye mahu dipisahkan daripada saudara-saudara Islam lainnya di seluruh dunia. Perancangan keji Yahudi ini akhirnya berjaya meruntuhkan khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924. Mustafa Kamal telah naik ke takhta kuasa dan mula menunjukkan kebenciannya kepada Islam dan orang-orang beriman. 

Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998):

1. Tidak mengambil al-Quran dan Hadis sebagai dasar Perlembagaan dan pemerintahan negara.

2. Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.

3. Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95 peratus adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5 peratus sahaja.

4. Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.

5. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.

6. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.

7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan. 

8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja. 

9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.

10. Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.

11. Di satu Bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad S.A.W. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang al-Quran dan Sunnah.

12. Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara Barat dan mematuhi arahan negara Turkiye moden.

13. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut Undang-undang Sivil dari Sweeden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.

Kejatuhan Islam yang telah memayungi umat selama 600 tahun lebih ini akhirnya telah mewajahkan Dunia Islam yang baru, kemunculan negara bangsa akibat pemetaan baru Dunia Islam dengan arkitek utamanya ialah empayar Pax Britanica dan Perancis. Negara umat Islam juga telah difaraidkan dan menuju titik kelemahan paling parah dengan pelebaran faham ilmaniah atau sekularisme. Umat Islam dijajah dan mengalami keterpurukan nilai serta tersudut dalam semua sektor sehingga memunculkan faham pan Islamisme untuk mendobrak hegemoni Barat.

Empat tahun selepas kejatuhan khilafah Uthmaniah juga menyaksikan Imam Hasan Al Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam, seterusnya gerakan Islam ditubuhkan di bumi umat Islam yang lain. Jamiat Islami ditubuhkan di Sub Continent, MASYUMI di Indonesia, Hizbul Muslimin di Malaya, an Nur di Turkiye dan pelbagai gerakan Islam kontemporari yang lain.

 3 Mac 1924 adalah monumen pilu dan sejarah luka umat Islam dan ianya akan kembali sembuh dengan ummah kembali berjuang untuk mengembalikan ketuanan Islam. Islam yang berdaulat, negara yang mendukung syariat serta menjadi pembenteng kepada agama Allah sebagaimana yang telah dilakarkan dalam sejarah Khilafah Uthmaniah. Umat Islam wajib menggabungkan diri mereka bersama gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan kembali pemerintahan Islam, mendobrak ideologi kufur yang menjadi jalan pintas menuju ke arah murtad seperti ungkapan Sheikh Mustapha Sabri, Mufti terakhir Khilafah Uthmaniah.

DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Ahli Jawatankuasa Kerja
 PAS Pusat


kredit


















Monday, July 17, 2023

Maal Hijrah 2023 / 1445H : Awal Muharam [100 Tahun Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniah ]

 

Maal Hijrah 2023 / 1445H : Awal Muharam 


  • Menurut kalendar / takwim JAKIM, tarikh Awal Muharram atau Maal Hijrah di Malaysia adalah pada 19 Julai 2023 (Rabu).
  • Tema Maal Hijrah Tahun 1445H adalah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”
  • Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).





KREDIT 

Friday, February 10, 2023

 BLOGER Dunia Ku

Come back! BUAT Come Back! Semangat dengar tapi CONTENT apa Nak Buat Jadi kita buat CONTENT Come Back laa..Hampir 10 Tahun Stop Berhenti posting BLOG nie sbb sibuk dan macam hal laa.. Pagi tetiba teringat nak buka BLOG ok tanya la sahabat sezaman belajar Blog SATELIT PUAKA





Suruh Jadi Youtuber Pulok..adoi..ye lah kena ikut arus semasa laa kan Youtuber MILLIONAIRE

Bloger atau Youtuber kena cari content yg mantap baru banyak viewer





Tuesday, December 11, 2018

JOM TUNE WOW!! RM10 AJER..JADI JUTAWAN










JOM JOIN WSAP http://wasap.my/60107917614/OrderSimTW











 MODAL RM12.50 AJER
 ANDA TAK AKAN MUFLIS PUNYA
ANDA BUAT ANDA DAPAT

JOM JOIN WSAP http://wasap.my/60107917614/OrderSimTW











KELEBIHAN TUNE WOW

 


JOM JOIN
 WSAP SAYA 0107917614

TEAM KAIZEN Kami ADA PAKEJ PELANCONGAN KE
HATYAI @ SINGAPORE UNTUK DIMENANGI SETIAP BULAN



INI PENDAPATAN YG BIASA BIASA SAHAJA
 DARI SIMKAD YG SANGAT LUAR BIASA










JOM JOIN WSAP http://wasap.my/60107917614/OrderSimTW





 APA ITU WOWCHER












JOM JOIN WSAP http://wasap.my/60107917614/OrderSimTW





Monday, December 10, 2018

1 Dinar EMAS pada hari ini 2018











1 Dinar

Tahu kah anda !!!
1 Dinar syiling emas
yang digunakan untuk berusan jual beli
dan ia adalah bersamaan
dengan 4.25gram emas 916

Hari ini harganya Feb 2013
Sekitar = RM 730.00

10 tahun lepas , tahun 2002
Harga 1 Dinar hanya sekitar = RM 160.00

Kalau 10 tahun lama sangat,
kita lihat 5 tahun kebelakangan ini
Tahun 2007
1 Dinar boleh di dapati dengan bermodalkan = RM 400.00

Fikir-fikir…..
Agak-agaknya lah …
Dalam tempoh 10 tahun akan datang
ie 2023
Berapa RM untuk 1 Dinar kan!

Tahun wawasan 2020 pula ?

Ini perkiraan posting 5 Tahun Lalu... Hari ini EMAS 1 DINAR RM764
mana kala 1gm EMAS RM180
Jika Anda Simpan 1 Dinar yg dibeli pd tahun 2013 RM730 = 4.25gm


Harga emas naik paling tinggi sejak 11 minggu lalu






Thursday, September 27, 2018

Nama Mahathir pilihan paling popular 2018






Nama Mahathir pilihan paling popular ibubapa untuk anak baru lahir 2018


Kemasyhuran nama seseorang tokoh semasa menjadi satu faktor pemilihan nama seseorang anak oleh ibu bapa untuk didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Oleh sebab itu tidak hairanlah jika nama seperti “Tun” dan “Mahathir” ialah antara nama popular yang direkodkan oleh JPN iaitu seramai 4,726 orang untuk nama Tun manakala Mahathir seramai 420 orang.

Bagaimanapun, menurut JPN penggunaan nama Tun ketika ini hanya dibenarkan kepada mereka yang ada keturunan Tun sahaja dan berbeza dengan keadaan sebelumnya yang boleh digunakan tanpa mengira keturunan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN Jasri Kasim berkata berdasarkan rekod jabatan itu, orang yang bernama “Malaysia” juga mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu seramai 129 orang manakala nama “Merdeka” 102 orang.

Menurutnya pemilihan nama oleh ibu bapa banyak dipengaruhi keadaan dan faktor semasa seperti politik, sukan, hiburan mahupun peristiwa penting yang berlaku semasa bayi tersebut dilahirkan.

JPN bertanggungjawab bagi mendaftarkan setiap kelahiran bayi yang berlaku di Malaysia sepertimana yang termaktub di dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Cap.10) bagi negeri Sarawak dan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Cap.123) bagi negeri Sabah. — Bernama








RESEPI BUBUR ASYURA UTARA ( SUKATAN PAKAI CAWAN )






BUBUR ASYURA  UTARA ...versi mak aku



1 cawan beras- rendam semalaman dan blend dengan 1 cawan air hingga halus
3 cawan tepung beras cap Teratai
1 kg santan pekat + air supaya jadi 15 cawan santan
5 keping gula kelantan ( boleh ganti 1/2kg gula pasir /Gula Melaka atau gula merah)
2 sudu teh garam halus
1 cawan kacang hijau- rendam & rebus empuk
1 cawan kacang tanah putih- rendam & rebus
1 tongkol jagung
5 biji pisang - pilih yang x terlalu masak
1 ketul ubi kayu- potong besar-besar dan rebus empuk
2 ketul ubi keledek oren-potongn besar dan rebus empuk
1 keledek purple- tak perlu rebus

1. Siapkan bahan-bahan :
    - Beras perlu rendam semalamn atau beberapa jam supaya senang nak blend
2. Blend beras yang sudah direndam dengan 1 cawan air

*** Boleh saja guna tepung beras sahaja 
   Beras digunakan supya hasil lebih baik dan berbau harum seperti tepung beras yang ditumbuk cara tradisi. 
   JIKA guna tepung sahaja ratio  1:4
   Iaitu 1 cawan tepung beras : 4 cawan santan
   JIKA  guna beras pun sama....1:4
   Iaitu  1 cwan beras : 4 cecair 
 (1cawan air guna untuk kisar beras dan lagi 3 cawan ialah santan supya jadi 1:4)

3. Rebus bahan yang perlu rebus..Rebus berasingan setiap bahan yang kena rebus)
   Toskan bahan rebus supay rtio cecair tepat

4. Bancuh beras kisar, tepung beras,santan,garam dan kacau rata suopaya tidak bergentel.

5. Letak atas dapur dan kacau tanpa henti hingga  pekat dan meletup-letup..



    ** Jika bubur terus pekat tanpa ada tetupan kecil tu tandanya adunan keras..
        Tapi jika ratio cecair betul..memang akan beraku letupan kecil macam lumpur gunung 
        berapi










wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...