Teater Upin Ipin di Istana Budaya...rasa teruja juga..tiket VVIP dah siap booking 3 minggu lepas
jadi 6 Mei 2012 jam 3petang waktu melangkah ke Istana Budaya @ IB..teruja..teruja..teruja..Post kali ini bukan pasal IB tapi pasal teater Upin Ipin ini..cerita animasi yg mendominasi di Malaysia dan Asia Tenggara...
Secara keseluruhannya TERBAIK..yer laaa aku bukan pakat Teater pon dulu pernah juga nak belakon Bangsawan..hehehehe..jadi watak-watak semua live mcm tgk wayang atau TV screen besar..pementasan berjaya membawa aku dan para penonton masuk bersama ke alam suasana yg dipentaskan..Pelakon2 n artis sangat profesional..Syabass..Tahun depan mesti ada show lagi..pasti aku booking 2-3 show layaz..
Gambar-gambar masih belum dpt lagi dr photographer...nanti aku post updated sini..
UPIN-IPIN MUSICAL 2012
SINOPSIS
Animasi Paling Berjaya (Malaysia Book of Records 2011) yang telah menggegarkan Asia Tenggara ini bakal menemui peminatnya buat julung kalinya di pentas teater melalui teater Upin & Ipin the Musical. Pementasan yang mengambil masa dua jam ini bakal membawa penonton melihat kehidupan harian Upin, Ipin dan kawan-kawannya di Kampung Durian Runtuh, hutan belantara, gua labah-labah, lautan luas, perkampungan Pulu-pulu serta ke angkasa lepas. Nak ikut? Saksikanlah pementasan Upin & Ipin the Musical daripada 14 April hingga 6 Mei 2012 di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dan lihatlah sendiri aksi-aksi menarik pelakon-pelakon comel, cantik, kacak dan berbakat ini. Upin, Ipin, Mei Mei, Jarjit, Ehsan, Mail, Fizi, Ijat, Opah, Kak Ros, Tok Dalang, Rajoo, Sapi… serta watak-watak baru yang mengujakan menunggu anda di sana! Kita berjumpa nanti ya. Betul, betul, betul.
Diterajui Oleh:
Penerbit Bersama : Hj. Burhanuddin Md. Radzi dan Hjh. Ainon Ariff (Les’ Copaque Sdn. Bhd.)
Penerbit Eksekutif : Siti Rohayah Attan (CTRA Production)
Pengarah dan Penulis Skrip : Zaifri Husin (Pengarah Terbaik – 17th Hamden International Theatre Festival, Iran 2010)
Pengarah Muzik: Datuk Suhaimi Mohd. Zain @ Pak Ngah (Komposer Terbaik AJL 2002, 1999, AIM 2001)
Koreografer: A. Aris Kadir (Koreografer Terbaik – BCAA 2006)
Maklumat Lanjut:
Tel : +603-6186 6592 / +03-4147 8600 / +017-200 4249 / +03-4026 5555
Email : alphaevents@hotmail.com
Blog Rasmi : www.upinipinmusical.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/upinipinthemusical
upin ipin tak pa, jangan ayah pin
ReplyDelete