SYDNEY - Syarikat telekomunikasi gergasi Apple diarah membayar denda A$2.25 juta (RM7.2 juta) termasuk kos perbicaraan A$300,000 (RM1juta) kerana didakwa sengaja mengelirukan pengguna berhubung keupayaan iPad menggunakan talian empat generasi (4G) di Australia.
Hakim Mordy Bromberg mengumumkan keputusan itu selepas mendapati Apple melanggar Undang-undang Pengguna susulan daripada dakwaan banyak pihak bahawa talian 4G sebenarnya tidak boleh digunakan di negara tersebut.
"Ia adalah kesalahan serius kerana pengguna iPad telah tertipu dengan perkhidmatan 4G yang diiklankan oleh Apple," katanya.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..