Pages

Sunday, June 17, 2012


JEREBU 2012

Jerebu datang lagi bak kata rakan blogger "Sepotong Ayat", aku rasa mcm Euro pulak Jerbu nie datang 2 tahun sekali..hehehehe...Apa bahayanya jerbu nie...baca sini

Bila disebut jerebu...masing2 fikir asap....sesak nafas,batuk2 dan keadaan menjadi suram dan berkabus.

Jerebu adalah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui status kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
Nilai IPU
Status
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301 - 500Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

Sedikit-sebanyak mengenai jerebu...so..jangan pandang rendah pada jerebu...


Jerebu: Jabatan pesakit luar diminta tingkat operasi

Jabatan Pesakit Luar di hospital kerajaan diminta supaya meningkatkan perkhidmatan dan operasi mereka kerana pesakit yang mempunyai masalah respiratori dan mata dijangka meningkat dalam keadaan cuaca berjerebu sekarang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata cuaca yang berjerebu kebiasaannya akan memberi kesan kepada pesakit yang mengalami masalah pernafasan dan mata. BACAAN LANJUT


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..