Pages

Thursday, June 21, 2012

OLYMPIC GAMES 2012 - LONDON


KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin mendapat tambahan enam slot lagi ke Olimpik 2012 di London melalui penyertaan 'wild card', menjadikan jumlah atlet negara ke temasya sukan terbesar dunia itu 34 orang.

Pengarah Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara (MSN) Ahmad Shapawi Ismail berkata sehingga kini, 28 atlet negara layak beraksi di Olimpik sama ada melalui merit atau penyertaan wild card.

"Jumlah sebenar atlet layak ke Sukan Olimpik akan diketahui selewat-lewatnya awal minggu depan selepas persatuan induk antarabangsa setiap sukan memuktamadkan jumlah slot yang akan diberi kepada negara-negara yang menjadi anggotanya," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata enam slot tambahan itu dijangka diisi melalui acara renang (3), olahraga (2) dan angkat berat wanita (1).

Bernama difahamkan satu daripada slot acara renang telah diisi oleh Christina Loh dan dua slot acara olahraga diberi kepada atlet 400m lari berpagar, Noraseela Mohd Khalid dan atlet lompat tinggi, Lee Hup Wei.

Atlet angkat berat wanita negara, Azizah Fadzil masih menunggu keputusan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa berhubung penyertaannya ke London melalui 'wild card' berikutan slot untuk Malaysia diberikan kepada atlet Vietnam.



Selepas Berakhir EURO 2012, sukan OLIMPIK LONDON pulak bakal muncul mewarnai dunia sukan..

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..