Pages

Sunday, July 22, 2012

Miss Pisau Cukur dalam Diam

  • Miss Pisau Cukur: Ku Afnan Dipecat
    “CANTIKNYA cincin Kak Bed!” Kak Bed yang sedang minum air tersedak dengan kemunculan Nurul secara tiba-tiba. Kak Bed terbatuk-batuk sehingga berair matanya. “Hacum!” Kak Bed terbersin pula.

    “Nak tengok cincin Kak Bed.” Nurul menarik tangan Kak Bed. Membelek-belek cincin itu. “Kekasih Kak Bed bagi ya?”
  • Miss Pisau Cukur: Ku Afnan Dipecat
    NURUL sendiri tidak tahu kenapa dia boleh bertindak sejauh itu. Kini dia terperangkap di dalam sebuah bilik hotel bersama seorang lelaki bergelar datuk dan telah pun mempunyai tiga orang isteri. Hanya kerana janji manis datuk itu yang ingin memberikan kemewahan kepadanya, hati Nurul dikaburi wang ringgit.

    “Kak, aku tak kisah kau nak jadi sejahat mana pun, tapi kau kena ingat. Jangan sampai tergadai body,” pesan Aky terngiang-ngiang di telinga. “Aduh, macam mana ni?” soal Nurul sambil mengetuk-ngetuk kepalanya. “Kenapa sayang?”
  • Miss Pisau Cukur: Ku Afnan Dipecat
    BELUM sempat Amera melangkah masuk ke dalam BMW Z4 yang diparkir di dalam bangunan pusat membeli-belah itu, mulutnya ditekup dengan kain sehingga Amera pengsan.Lelaki yang memakai topeng itu mengheret Amera ke arah kereta Proton Wira lama yang bernombor pendaftaran palsu.

    Sengaja diletakkan nombor plat palsu untuk mengelak dirinya dicekup pengawal keselamatan yang tentu sahaja sudah melihat segala-galanya melalui CCTV. Lelaki itu segera memecut kereta itu keluar dari bangunan itu dengan laju sehingga merempuh penghalang jalan.Pemandu itu ketawa berdekah-dekah.
  • Miss Pisau Cukur: Ku Afnan Dipecat
    “FIRST time ada orang sukakan aku.” Amera ketawa sendirian sambil menggeleng-geleng mengingatkan telatah Jeff. “Tapi...” wajah Ku Afnan menggamit fikiran, “...hati aku hanya untuk Abang Nan seorang aje. The only one in my heart...aaa!”

    Sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, Amera terjerit kecil apabila menyedari Ku Afnan sedang bersandar di tiang sambil memandang tajam ke arahnya.Amera mula menggelabah. Sangkanya hanya dia seorang diri sahaja di situ. Aduhai, dia dengar ke apa yang aku cakapkan?
  • Miss Pisau Cukur: Ku Afnan Dipecat
    SEWAKTU sarapan, Ku Ain Munirah, Ku Anuar dan Ku Afnan kelihatan monyok kerana masih mengantuk. Maklumlah, hari itu adalah hari minggu, jadi mereka kalau boleh mahu berlama-lama di atas katil. Namun, Tan Sri Ku Ali bertegas agar kesemua anaknya turut serta bersarapan kerana ada perkara penting yang ingin disampaikan.

    Ku Ain Munirah menongkat dagu pada meja sambil mata terpejam. Rambutnya yang berwarna kemerahan akibat diwarnakan kelihatan menggerbang. Hidung dan bibirnya tersangkut subang. Lidahnya bertindik. Sekali melihatnya, orang tidak akan menyangka bahawa anak Tan Sri Ku Ali seperti itu.
  • Miss Pisau Cukur: Ku Afnan Dipecat
    SEBAIK sahaja Ku Afnan membuka pintu pejabat, sebuah fail tiba-tiba melayang ke arahnya. Tepat mengenai wajah. Darah Ku Afnan serta-merta menyirap. Jatuh maruahnya apabila diperlakukan sedemikian. Namun, Ku Afnan menahan sabar sebaik sahaja menyedari Tan Sri Ku Ali kini sedang duduk di kerusi yang telah sekian lama menjadi miliknya.

    “Dah pukul berapa sekarang ni?” soal Tan Sri Ku Ali tegas sekali. Ku Afnan mengerling jam di tangan. Sudah pukul 12.00 tengah hari. “Pengurus besar apa macam ni!”
  • Miss Pisau Cukur: Ku Afnan Dipecat
    KU Afnan Zakirin tersenyum sinis. “Tak payahlah kau nak menangis! Air mata kau tu, sama aje macam air longkang!”

    Nurul Amera menyapu air mata yang mengalir membasahi pipi. Bukan sedih kerana dimarahi. Bukan juga sedih kerana sering dihina dan dicaci. Tetapi sedih kerana menjadi seorang wanita yang dibenci Ku Afnan Zakirin. Lelaki yang dicintainya dalam diam.
  • Bicara Sebuah Diari: Dirasuk
    NOREEN tersedar. Kelopak matanya berkelip-kelip beberapa detik. Sebentar kemudian dia terpinga-pinga. Deruan nafasnya agak kencang. Sejenak dia melirikkan matanya. Dilihatnya selimut sudah pun terlondeh hingga ke hujung kaki. Tubuhnya terasa hangat dan berpeluh. Noreen bangun perlahan-lahan lalu melurut rambutnya yang menggerbang.

    Selimut tadi dikuisnya dengan hujung kaki. Tubuhnya masih lagi dimamah keletihan. Bahunya terasa sengal-sengal. Dia menoleh ke arah jendela. Pancaran matahari pagi singgah dan menerangi sebahagian ruang bilik tidur. Noreen mengeluh apabila terasa kepalanya tiba-tiba berdenyut-denyut. Untuk seketika dia merasakan yang dia perlu merehatkan mindanya sebentar.
  • Bicara Sebuah Diari: Dirasuk
    TERGAMAM! Itulah yang dapat disimpulkan di dalam hatinya tatkala Noreen melihat sendiri vila yang dimaksudkan suaminya kelmarin. Memang sebelum ini dia ada membayangkan vila yang bakal dihuni tetapi sangkaannya selama ini meleset sama sekali.

    Vila putih itu tersergam indah dan besar. Halamannya agak luas. Terdapat tiga biji kerusi dan meja di sudut laman. Rumputnya biarpun agak panjang namun sedap kaki memijaknya. Tebal dan lembut.
  • Curi-curi Suka - Bab 11
    “APA nama sebenar budak perempuan tu?” soal Ezroy ketika melepak di kedai mamak malam itu bersama rakan-rakan sekampus yang lain. Sudah lama dia ingin tahu. “Budak perempuan mana?” soal Daniel, menoleh ke arah Ezroy. Keningnya bertaut. Tidak mampu menangkap soalan spontan tanpa hujung pangkal itu.

    “Tipah...” Lambat-lambat Ezroy memandang Daniel. “Oh...” Daniel tertawa kecil. “Kenapa?” “Saja tanya...” balas Ezroy acuh tidak acuh, seakan-akan itu bukan soal yang begitu penting untuk diketahui. Walhal, dia panasaran juga.
  • Bicara Sebuah Diari: Dirasuk
    NOREEN melangkah perlahan menyusuri tebing kolam mandi petang itu. Membiarkan rambutnya yang panjang dibuai angin. Melihat pada riak di permukaan air kolam yang kelihatan biru dan mengasyikkan.

    Suara kanak-kanak bermain air di sebuah kolam kecil di hujung kolam mandi itu kedengaran lantang mencuit telinganya. Noreen menoleh dan tersenyum melihat tingkah mereka. Riang bergurau dan bermain air sesama sendiri. Tiga, empat orang perempuan kelihatan sedang duduk di tepi kolam sambil berbual mesra.
  • Curi-curi Suka - Bab 11
    PERUT Wisya sudah berkeroncong. Seminit dua dia cuba fokus pada tugasan berkumpulan yang sedang dilakukan, mencatit data di buku nota dan sebagainya.

    Sekilas dia mengerling jam tangan yang sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Tinggal sikit masa lagi lab photovoltaic itu akan tamat. Setengah jam harus dinanti dengan rasa kebulur macam nak pengsan.
  • Bicara Sebuah Diari: Dirasuk
    KENAPA ni? Monyok aje abang tengok,” sapa Azam.

    Noreen tersentak. Cepat-cepat dia mendongak. Azam berdiri tidak jauh dari sofa tempat dia duduk. Sedang memerhatikannya sambil tersenyum. Noreen yang sedang memeluk lutut melepaskan keluhan. Perlahan-lahan kakinya diturunkan kembali. Rambutnya yang panjang disebakkan ke belakang.
  • Curi-curi Suka - Bab 11
    “HEI.. Tipah!” Satu suara kedengaran tatkala Wisya, Sazrah dan Dasyila melangkah keluar dari kedai kasut Vincci di pusat membelibelah Sunway Pyramid itu.

    Serentak Wisya berpaling ke arah suara tersebut. Dia terkejut. Wajah Daniel betul-betul berada di depan matanya. “Tipah?” Serentak Sazrah dan Dasyila bersuara. Masing-masing “Hey, guys...” sapa Daniel ramah pada Sazrah dan Dasyila sambil melemparkan senyuman. “Shopping?”
  • Bicara Sebuah Diari: Dirasuk
    KEBETULAN sewaktu Fatiha masuk ke dalam bilik, telefon bimbitnya berbunyi. Pantas dia bergerak ke meja yang bertentangan dengan tingkap. Langsir berwarna merah berbunga putih dan kelabu terbuai lembut dirempuh angin dari luar. Telefon bimbit berwarna hitam dicapai lalu dilekap ke telinga.
  • Bicara Sebuah Diari: Dirasuk
    “ MASALAHNYA, termasuk malam tadi dah tiga kali aku alami mimpi macam tu.” Keras suara Noreen menampar cuping telinga Fatiha.

    Suasana restoran di tepi jalan itu agak lengang. Tidak ramai pelanggan yang datang menjamu selera pada waktu begini. Kebanyakannya masih lagi sibuk dengan tugas di pejabat.
  • Curi-curi Suka - Bab 11
    “TAK panggil abang turun sekali, Rin?” soal Arfah yang baru turun dari tingkat atas ber sama Mahadzir. Dia memandang tepat ke wajah Zaryn yang sudah berada di meja makan. “Tak...” balas Zaryn acuh tidak acuh. Pandangannya hanya tertumpu pada Mak Seri yang sedang mencedok nasi ke dalam pinggan.

    Serentak mata Arfah dan Mahadzir terkalih pada Jamaliah yang sedang membuat ekspresi muka yang sudah jelas untuk difahami. Tak lain tak bukan, bergaduhlah tu. “Sekejap lagi turunlah tu...” ujar Jamaliah lantas me narik kerusi bersebelahan Zaryn.
  • Bicara Sebuah Diari: Dirasuk
    BOLA matanya terus tertumpu pada barisan ayat-ayat yang sedang dibaca. Sejak tadi pun dia sememangnya sudah tenggelam di dalam dunia novel tebal yang sedang dibacanya. Apa yang berlaku di sekelilingnya langsung tidak dihiraukan. Peristiwa demi peristiwa yang terjalin kemas di dalam novel lebih menarik perhatiannya pada kala itu.

    Noreen membiarkan tubuhnya yang bert-shirt nipis dibelai angin dari dada kota Kuala Lumpur. Sesekali dia terpaksa menyebak rambutnya yang panjang ke belakang. Tidak menghiraukan dingin malam yang semakin mencengkam.
  • Curi-curi Suka - Bab 11
    “KAU tak rasa dia tu kelakar ke?” soal Daniel ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik sahaja kelas terakhir mereka tamat. Ketika itu mereka baru sahaja meninggalkan pintu belakang UiTM.

    “Siapa?” soal Ezroy seraya memalingkan muka ke arah Daniel. “Tipahlah...” Ezroy tersenyum sinis. Tidak memberi sebarang komen. Matanya meliar memandang kenderaan yang berbaris di persimpangan lampu isyarat di situ.
  • Curi-curi Suka - Bab 11
    RUANG di tingkat 11 yang menempatkan banyak kerusi dan meja itu ditinjau-tinjau untuk mencari kelibat Dasyila, Sazrah dan Khairin. Akhirnya, Wisya menangkap kelibat mereka di salah sebuah meja. Serentak kelihatan Sazrah menggamitnya. Sementara menanti waktu kelas seterusnya, mereka menghabiskan masa di situ. Berbual-bual kosong sambil memerhati gelagat pelajar-pelajar lain.

    Wisya duduk di hadapan Khairin. Temannya itu khusyuk dengan buku Sudoku yang sering dikelek ke mana-mana itu. “Kenapa kau tak pernah cerita pasal tu ek?” soal Dasyila, mengalih tumpuan Wisya dari Khairin. Wisya mengerutkan dahi. “Pasal apa?” “Pasal kau jatuh kat library tulah.”

    sumber

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..