Pages

Monday, July 16, 2012


Pakej nikah Siam guna internet

Kota Bharu: Pakej perkahwinan di selatan Thailand menerusi internet kini semakin bercambah dengan lebih 10 laman web dikesan menawarkan perkhidmatan itu dengan bayaran serendah RM1,250. Antara pakej yang diiklankan ialah Urusan Khidmat Nikah Kahwin Pakej Poligami Kadi Wali Hakim Di Thailand Siam dan Perkhidmatan Sah Kahwin Lari Siam Nikah Senyap Thai Poligami Bukan Sindiket.
“Saya bukan berniat menggalakkan masyarakat kita berkahwin di negara jiran dan melanggar peraturan negara ini, namun ia satu cara mengelakkan mereka melakukan maksiat,” - Hisham (bukan nama sebenar), seorang ejen.
Pelanggannya pula termasuk golongan profesional dan ahli perniagaan berpangkat Datuk, artis dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Pakej lengkap

Pakej itu merangkumi pengangkutan dari lapangan terbang, melepasi pintu sempadan Malaysia-Thailand, khidmat nasihat mengenai dokumen penting, pasport, penginapan hotel, makan dan minum sehinggalah ke lokasi sama ada di Narathiwat, Songkla atau Yala.

Seorang ejen, Hisham (bukan nama sebenar), 37, dari daerah ini yang ditemui BH mengaku mula menawarkan pakej itu sejak beberapa tahun lalu dengan mengiklankan perkhidmatannya menerusi internet.
Tanpa berselindung, Hisham berkata, secara purata dia menguruskan 30 pasangan setahun ke Selatan Thailand dan mengenakan bayaran RM1,500 bagi setiap pasangan.

“Bayaran ini cukup murah jika dibandingkan dengan ejen lain yang mengenakan bayaran sehingga lebih RM4,000,” katanya.

Hisham mengakui sering dilemparkan kata sinis dan kasar menerusi komen dalam Facebooknya terutama oleh wanita, namun ia tidak menghalangnya untuk terus menawarkan perkhidmatan itu.

Baginya, apa yang dilakukan bertujuan ikhlas dan mahu mengelak orang Islam terjebak dengan maksiat.

“Saya bukan berniat menggalakkan masyarakat kita berkahwin di negara jiran dan melanggar peraturan negara ini, namun ia satu cara mengelakkan mereka melakukan maksiat,” katanya.

Dia yang berkahwin dengan wanita warga Thailand dan mempunyai tiga anak hasil perkahwinan itu berkata, kebanyakan pasangan mendapatkan perkhidmatannya berusia 35 hingga 50 tahun atas tujuan berpoligami.

Antara pelanggannya termasuk golongan profesional berpangkat Datuk, artis dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).


sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/ar...rticle/artikel

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..