Pages

Thursday, July 19, 2012

Penantian pelabur berakhir

Penantian pelabur berakhir
Wartawan Sinar Harian
19 Julai 2012
Penantian pelabur berakhir
Keratan akhbar Sinar Harian dan media tempatan yang melaporkan progress kes berkenaan.
LUMUT - Setelah hampir lima tahun, kes melibatkan syarikat dagangan dalam Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah, FX Capital Consultant (M) Sdn. Bhd. (FX Capital) dan FX Consultant telah sampai ke penghujung.

Bekas pelabur syarikat itu di serata negeri ini diminta menghubungi wakil pelabur, Shah Wahid Mohd Amin, untuk urusan pembayaran balik wang mereka.

Shah Wahid menjelaskan, hanya pelabur yang menghadiri perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen 1, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 1 April 2011 layak menerima kembali wang.

Menurutnya, seorang peguam telah dilantik untuk mewakili pelabur yang tidak mempunyai peguam sendiri sebelum ini, untuk urusan pembayaran itu.

"Semua bekas pelabur bakal menerima kembali wang mereka dan jumlah yang bakal diterima akan ditentukan oleh mahkamah 31 Julai nanti.

"Semua pelabur yang menghadiri perbicaraan pada tarikh berkenaan diminta menghubungi saya segera di talian 013-3737617," katanya.

Bekas pelabur juga boleh melayari laman sesawang, www.justin.tv/tunggalfm, untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung kes itu.

Katanya, hanya 355 pelabur yang telah dikenal pasti untuk urusan pembayaran semula wang pelaburan.

Hakim Mahkamah Sesyen, S M Komathy memerintahkan Pengarah FX Capital Consultant dan FX Consultant, Raja Noor Asma Raja Harun, 49, dipenjara tujuh tahun dan denda RM5 juta pada Januari tahun lalu atas 54 pertuduhan.

Antaranya, menjalankan skim menipu pelabur dan menjadi broker tanpa lesen.

1 comment:

  1. salam..nak tanya..kalau pelabur yg tidak hadir ke mahkamah pada hari perbicaraan tersebut,mcmn nak dapatkan kembali wang pelaburan...012-4179530

    ReplyDelete

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..