Pages

Tuesday, July 17, 2012

Rumah Panda Dijangka Mula Dibina Tiga Bulan Lagi - Uggah

PUTRAJAYA, 16 Julai (Bernama) -- Pembinaan "rumah" untuk sepasang anak beruang panda dari China yang akan ditempatkan di Taman Wetland di sini dijangka bermula tiga bulan lagi, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas Isnin.

Beliau berkata penempatan panda di kawasan seluas 1.01 hektar itu mempunyai beberapa ciri antaranya perlu berada pada suhu kurang daripada 24 darjah selsius dan mempunyai kemudahan yang menyamai habitat asalnya.

"Kita berharap kemudahan ini dapat siap dibina dalam masa 12 bulan. Anggaran kos adalah RM30 juta dengan 50 peratus daripadanya akan ditanggung oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad," katanya selepas melawat tapak eksibit panda di Taman Wetland di sini Isnin.

Malaysia dijadual menerima sepasang beruang panda gergasi menerusi perjanjian yang ditandatangani pada 15 Jun lepas.

Projek itu sebagai simbol ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China yang akan dirai pada 2014.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..