Pages

Tuesday, July 31, 2012

SEJARAH SUKAN OLIMPIK

TEMASYA SUKAN OLIMPIK merupakan temasya sukan yang teragong dan paling berprestij di dunia. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia. Lima cecincin Olimpik ini direka bentuk pada tahun 1913, dan diguna buat pertama kali dalam Olimpik Musim Panas 1920 di Antwerp. Pada tahun 2004, Sukan Olimpik ke-28 telah kembali diadakan di tempat asalnya di Athens, Greece.
Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama - sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu acara dipertandingkan.
Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung.
Temasya yang diadakan empat (4) tahun sekali ini berjaya menarik penyertaan atlet-atlet terbaik dunia dan kebiasaannya banyak rekod-rekod dunia yang dicipta di temasya tersebut.  Walaupun hadiah yang diperolehi hanyalah berupa pingat tetapi ianya tidak menghalang penyertaan atlet-atlet berkenaan. Namun begitu, oleh kerana prestijnya tinggi, banyak negara memberi insentif lumayan kepada pemenang-pemenang pingat di temasya berkenaan kerana kejayaan di Sukan Olimpik akan mendapat liputan yang meluas dan akan menaikkan nama negara berkenaan di seluruh dunia.
Oleh kerana pertandingan yang semakin mencabar, penyertaan di Sukan Olimpik bukanlah satu perkara yang mudah.  Kebanyakan sukan telah menghadkan penyertaan dengan menetapkan tahap kelayakan yang tinggi di samping beberapa jenis sukan yang lain terpaksa bertanding di pusingan kelayakan mengikut zon atau benua.  Ini selaras dengan hasrat Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menghadkan jumlah penyertaan sekitar 10,000 orang di temasya berkenaan.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..