Pages

Sunday, July 15, 2012

Soalan Trik: Ceritakan berkenaan diri anda (Tell me about yourself)







Awas! 3 perkara yang anda perlu tahu berkenaan soalan sebegini

Soalan berkenaan "Ceritakan berkenaan diri anda" ataupun dengan bahasa Inggerisnya "Tell me about yourself" kerapkali ditanya semasa diawal temuduga.

Terdapat 3 tujuan utama untuk soalan ini:

  • Sebagai sesi 'ice-breaking'
  • Untuk menguji kelancaran anda dan kematangan anda ketika berbicara
  • Untuk mengetahui tahap minat anda terhadap kerjaya yang dipohon

PERTAMA: "Ice-breaking"
Pertama sekali penemuduga berkemungkinan telah membaca resume ataupun kelayakan anda secara sepintas lalu dan sesi ini adalah untuk mengenali anda secara bersemuka (in-person).

Jadi soalan ini dijadikan sebagai titik permulaan perbualan anda dan para penemuduga, dan untuk mengelakkan rasa janggal dan kekok

Maka dengan sebab itu, kebanyakan temuduga akan dimulakan dengan soalan begini.


KEDUA: Menguji Kelancaran Anda dan Kematangan Anda Ketika Berbicara
Majoriti penemuduga telahpun tahu dan arif berkenaan suasana bilik temuduga boleh menyebabkan anda 'cemas' dan 'panik', akan tetapi ia juga boleh menjadi medan untuk menguji kemahiran anda berkomunikasi sekiranya anda berhadapan dengan situasi 'tegang' sebegini.


Soalan 'ice-breaking' seperti "Tell me about yourself" sememangnya boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kemahiran komunikasi anda untuk menceritakan sesuatu yang mudah kepada penemuduga. Faktor-faktor lain seperti kelancaran dan kematangan juga diambil kira ketika anda sedang menceritakan perihal diri anda.

Apa yang perlu diberikan perhatian, adalah:

  • Kelancaran (kalau tak lancar, anda tidak yakin, berkemungkinan juga ketidaklancaran tesebut memberikan isyarat yang mungkin anda sedang memikirkan cara untuk 'meng-kelentong' penemuduga)
  • Emosi - Perasaan takut dan gementar adalah biasa, tapi sekiranya ia keterlaluan, ia menunjukkan anda tidak matang dan kurang berkeyakinan)
  • Eye Contact - First impression is everything, memandangkan ini merupakan soalan pertama yang ditanya, penemuduga akan membuat penilaian pertama terhadap perilaku anda tatkala peringkat ini. Kegagalan anda membuat eye-contact sewajarnya menunjukkan anda kurang 'soft-skill', kurang berkeyakinan, ataupun tidak berminat dengan temuduga tesebut dan ini memberi kesan terhadap soalan -soalan berkaitrapat dengan pekerjaaan yang seterusnya. (Nota: terdapat juga calon yang terus ditamatkan temuduga tanpa ditanya soalan teknikal berkaitan kerja, hanya kerana kurang membuat eye-contact sahaja

AWAS: anda tidak digalakkan mengunakan humor ataupun berloyar buruk di peringkat ini, sekiranya penemuduga berlawak, anda dinasihatkan supaya hanya menyambutut dengan senyuman dan cukup sekadar meng-iyakan ataupun 'acknowledge' lawak penemuduga terbabit.



KETIGA: Mengetahui Tahap Minat Anda Terhadap Jawatan yang Dipohon


Ini adalah point terpenting!

Sekiranya penemuduga menyuruh anda menceritakan perihal diri : Jangan sesekali anda menceritakan tentang hal-hal peribadi anda kepada penemuduga seperti dimana anda bersekolah, bilangan adik-beradik, suami, isteri, hobi, aktiviti dimasa lapang dan sebagainya, kecuali sekiranya penemuduga meminta anda menceritakan perkara tersebut. Tapi, sekirapun ya, hadkan penerangan anda, kerana penemuduga sebenarnya tidak berminat untuk mengetahui secara mendalam sejarah hidup anda.

Apa yang dikehendaki penemuduga adalah anda sepatutnya memperkenalkan diri anda secara ringkas, dan menyatakan status perkahwinan anda, dan mungkin tempat tinggal dan kelulusan tertinggi anda (SPM, diploma, degree) dan kaitkan ia dengan jawatan yang dipohon.

Ceritakan sedikit berkenaan pengalaman kerja anda yang boleh dikaitkan dengan jawatan yang hendak dipohon. Walaupun anda memohon jawatan pegawai, dan
anda hanya ada pengalaman berkerja di fast-food restaurant sahaja seperti KFC!




Kunci terpenting yang dicari oleh penemuduga adalah kebijaksanaan anda mengaitkan pengalaman anda bekerja di KFC tersebut dengan jawatan anda pohon pada masa kini. Seperti anda dapat mengaitkan nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, memahami etika berkerja, mendapat pengalaman menguruskan masa dan karenah orang ramai, memperoleh kemahiran menguruskan pelanggan yang hilang sabar dan kaedah menanganinya sekiranya anda dilantik untuk menguruskan sesebuah unit ataupun jabatan.

Dan sekiranya anda menyertai aktiviti luaran ataupun ko-kurikulum, anda seharusnya mengkaitkan aktiviti tersebut dengan nilai-nilai murni yang dapat diterapkan dengan menyertai aktiviti ko-kurikulum tersebut.

Cuba sedaya upaya untuk mengaitkan pengalaman hidup anda dengan objektif dan juga kehendak skop tugas jawatan yang anda sedang pohon sekarang. Gunakan peluang ini untuk tarik perhatian penemuduga terhadap kemahiran dan kebolehpasaran anda.

Kesimpulan secara ringkas:

Soalan "Ceritakan perihal diri anda" perlu dijawab secara berstruktur mengikut tip ini:


  • PEMBUKAAN: Mulakan dengan pengenalan pendek: Nama, asal, status perkahwinan, kelayakan akademik tertinggi, minat (kaitkan dengan jawatan dipohon
  • Ringkasan pengalaman kerja anda: Kaitkan pengalaman kerja anda yang lepas dengan jawatan yang anda sedang pohon sekarang walaupun hanya kerja sementara ataupun kerja rencam.
  • Beri jawapan yang ringkas, padat dan bermakna : Maksudnya, jangan bercerita 'kosong' dengan penemuduga. Setiap jawapan dan penerangan anda berkenaan soalan tersebut haruslah mempunyai 'makna'. Iaitu, setiap penerangan jawapan anda haruslah menyokong peluang anda untuk merebut jawatan yang sedang dipohon.

Demikian sahaja post kali ini. Harap membantu!

~sumber~

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..