Pages

Thursday, August 02, 2012

8 pemain badminton wanita Olimpik didakwa 'atur keputusan'


Wartawan Sinar Harian
1 Ogos 2012
 8 pemain badminton wanita Olimpik didakwa 'atur keputusan'
Pertemuan pasangan Korea Selatan dan China semalam.
PERSEKUTUAN Badminton Dunia mengenakan tuduhan ke atas empat beregu wanita Olimpik - tidak mempamerkan usaha terbaik untuk memenangi perlawanaN mereka semalam.

Empat beregu tersebut, dua daripadanya Korea Selatan, satu dari China dan satu lagi dari Indonesia - kesemua mereka boleh dikenakan tindakan disiplin.

Penonton mencemuh dua perlawanan di Arena Wembley semalam ketika empat pasangan tersebut muncul.

Pasangan Yu Yang dan Wang Xiaoli (China) dan Jung Kyung-Eun dan Kim Ha-Na (Korea Selatan) antara mereka yang terbabit.

Permainan panjang bertukar singkat.

Pengadil Thorsten Berg memberi peringatan kepada pemain. Namun para pemain sengaja memukul bola tangkis ke luar gelanggang.

Kedua-dua pasangan itu telah mara ke suku akhir.

Laporan menyatakan mereka menang dengan cara mudah.

Pemain bukan pilihan dari Korea Selatan akhirnya memenangi perlawanan mereka. Bermakna mereka akan menentang Tian Qing dan Zhao Yunlei (China).

Pasangan Korea Selatan itu tidak mengulas, tetapi Yu berkata dia dan Wang perlu menjimatkan tenaga untuk peringkat kalah mati.

Perlawanan akhir antara pasangan handalan Ha Jung-Eun dan Kim Min-Jung (Korea Selatan), Meiliana Juahari dan Greysia Polii (Indonesia) juga di bawah penilitian Persekutuan Badminton Dunia.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..