Pages

Thursday, September 13, 2012

Apple Lancarkan iPhone 5

Apple Lancarkan iPhone 5 Di San Francisco...

Salam...

Apple telah memperkenalkan iPhone 5 
dengan reka bentuk iPhone paling nipis 
tetapi menampilkan skrin lebih besar iaitu 
bersaiz empat inci di majlis pelancaran di 
San Francisco sebentar tadi.

iPhone 5 pada mata kasar kelihatan sama 
seperti model sebelum ini, cuma lebih panjang
 dan nipis dan didatangkan dengan 
paparan 1,136 x 640 piksel, teknologi 
4G LTE, chip A6 dan seberat 112 gram.

Kamera 8 megapiksel, 
resolusi 3,264 x 2,448 piksel 
dengan teknologi iluminasi di bahagian 
belakang, penapis IR hibris, lensa lima 
ciri, bukaan f2.4 selain boleh mengambil 
gambar panorama.

iPhone 5 dijangka tiba di pasaran 
Malaysia pada bulan November tahun ini 
 dan harganya dikatakan lebih kurang dengan
 iPhone 4s, jadi sesiapa yang berhajat 
nak beli mungkin boleh tangguh dulu.

P/s: Kes LTE ni dengar kata Samsung 
nak saman balik Apple, entah laa 
sama2 kita tunggu...

Sumber:

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..