- Hendaklah
ia sejahtera daripada sebarang kecacatan
seperti tiada telinga atau terpotong ekor,
gila, kudun, sangat kurus, buta dan sebagainya.
-
Ada 4 kecacatan utama yang telah disepakati
oleh Ulama'yang menghalang sahnya qurban
iaitu berdasarkan hadis riwayat Barra'
bin Azib iaitu sabda Rasullah Sallahallahu
'Alaihi Wasallam:
Maksudnya : "4 jenis kecacatan yang tidak harus diperbuat qurban iaitu buta sebelah mata, berpenyakit, tempang dan terlalu kurus".
-
Daripada hadith di aras Ulama' telah mengqiaskan
kepada kecacatan yang seumpamanya atau
lebih teruk daripada kecacatan tersebut.
Ia dapat diringkaskan seperti berikut:
- Tiada atau terpotong telinga ataupun lidahnya walaupun sedikit begitu juga yang terpotong ekornya.
- Gila
- Berkudis walaupun sedikit.
- Haiwan yang baru melahirkan anak atau yang bunting.
- Tersangat kurus.
- Buta sebelah mata atau kedua-duanya.
- Berpenyakit
-
Tersangat tempang
-
Tetapi, jika telah bernazar untuk qurban
binatang yang sudah ada kecacatan tersebut,
wajarlah dia melaksanakannya.
-
Haiwan yang tiada ekor, tiada gigi atau
patah setengah giginya, tiada zakar, haiwan
yang dikasi zakarnya boleh dijadikan binatang
qurban.
- Makruh mengorbankan haiwan yang tidak bertanduk atau patah tanduknya begitu juga haiwan yang terbelah atau bertebuk telinganya.
Pages
▼
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..