NIAT IBADAH QURBAN DAN PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN
NIAT
IBADAH QURBAN
Tidak memadai jika seseorang itu hanya
membeli binatang dengan niat hendak diqurbankan
tanpa dilafazkan niat itu.
Disyaratkan berniat ketika menyembelih
binatang qurban jika dilakukan sendiri.
Adalah memadai jika orang yang berwakil
itu berniat ketika wakilnya menyembelih
korban berkenaan dengan disaksikan oleh
orang yang berwakil tadi.
Walaubagaimanapun adalah lebih baik orang
berwakil itu, ketika menyerahkan korban,
menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya
ketika dia menyembelih korban tersebut.
Tidak disyaratkan niat jika melakukan
qurban nazar.
HUKUM
QURBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN
Tidak sah menyembelih korban bagi pihak
orang lain yang hidup dengan tiada izinnya.
Begitu juga bagi pihak orang yang telah
mati dengan tiada wasiat atau pesanan
daripadanya.
Apabila qurban itu dilakukan kerana wasiat
simati maka wajib disedekahkan kesemuanya.
PERKARA-PERKARA
SUNAT KETIKA QURBAN
Apabila menjelang 10 Zulhijjah, tidak
digalakkan empunya qurban memotong rambut
dan kukunya sehingga dia melaksanakan
ibadah qurban.
Semasa menyembelih binatang qurban disunatkan
:
Membaca Bismillahirrohmanirrahim
Berselawat ke atas Nabi Sallallahu
'Alaihi Wasallam.
Menghadapkan binatang itu ke arah
kiblat di atas rusuk kirinya.
Bertakbir sebelum membaca Bismilah
dan selepasnya.
Membaca doa : Maksudnya: "Ini adalah
nikmat daripada Mu dan aku mendekatkan
diri kepadaMu dengannya."
Sebaik-baiknya ibadah qurban ini dilaksanakan
sendiri tetapi harus diwakilkan kepada
orang lain.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..