Pages
▼
Monday, October 01, 2012
Puteri Sarah 'undur diri'?
PELAKON cantik, Puteri Sarah Liyana, membuat pengakuan akan berundur dari lakonan buat sementara waktu.
Menerusi portal Media Hiburan, pelakon drama 'Evolusi KL Drift' ini berkata, dia ingin mengembangkan kerjayanya dalam bidang perhotelan.
"Setakat ini saya baru menghantar 'resume' di beberapa buah hotel dan hanya menunggu masa untuk sesi interviu.
"Walaupun bidang lakonan sudah sebati dengan jiwa saya, namun saya harus memikirkan masa depan yang lebih menjamin. Lagi pun, kedua ibu bapa saya suka saya libatkan diri dalam bidang perhotelan ini," katanya.
Menyentuh pula mengenai kehidupan peribadinya, kekasih kepada pelakon, Ammar Alfian Aziz, 25, ini mengakui dirinya sudah bersedia bergelar isteri.
"Bila sudah tiba masa yang sesuai, kami akan membincangkan dengan lebih serius mengenai perkara ini. Kami juga merancang untuk terus bernikah tanpa mengadakan majlis pertunangan," katanya.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..