Pages

Saturday, December 08, 2012

Johor FC dikenali sebagai Darul Takzim FC

Johor FC dikenali sebagai Darul Takzim FC

 

Pasukan Liga Super, Johor FC akan dikenali sebagai Darul Takzim FC mulai musim depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam megesahkan mereka telah menerima permohonan penukaran nama pasukan itu.
"Kami telah menerima permohonan Darul Takzim FC selepas mereka mengemukakan dokumen yang diperlukan, termasuk pengesahan dari Pejabat Komisioner Sukan tentang penukaran nama itu bulan lepas," kata Hamidin kepada Timesport.
"Kami tiada bantahan. Status quo Johor Liga Perdana akan kekal. Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah presiden Johor FA sementara Darul Takzim akan diuruskan oleh orang lain."
Pasukan Darul Takzim FC akan melibatkan pemain-pemain bintang seperti Muslim Ahmad, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan yang terkini, Safee Sali.
Dua pemain import, Simone Del Nero dan Dani Guiza juga akan beraksi untuk Darul Takzim FC.

 Money2Gold : Johor FC gahh dah nama utk Johor, mungkin ada nama gelaran yg lagi garang kot....tunggu jer

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..