Pages

Friday, December 28, 2012

Kenapa Blog Fatin Liyana best??

  2-3 hari lepas money2gold ada bersembang pasal blogger Fatin Liyana yg cun melecun..tapi kami bersembang bukan pasal kecantekan beliau tapi pasal blog beliau, kenapa blog dia best..
 
Siapa yang tidak kenal dengan blogger bernama Fatin Liyana? Tipulah kalau tak kenal. money2gold boleh katakan pengaruh Fatin Liyana ni cukup kuat, sampaikan ada orang sengaja buat blog hanya kerana mahu 'bersama' Fatin Liyana. dan mencari idea dari blog beliau
Ramai ke pembaca blog Fatin Liyana ni? Setakat yang money2gold tahu, memang ramai ... sangat ramai, jauh panggang dari api atau langit dengan bumi dengan blog macam-macam ada ni. Tak terlawan dibuatnya. Sekali pergi singgah ke blog Fatin Liyana, pasti akan ada lebih 100 pengunjung sedang online! Hatta ... si Fatin Liyana tak buat entri baru .... blognya tetap ada ramai pembaca. Hebat bukan? Cukup hebat


Kenapa blog Fatin Liyana best? Orang biasa gak macam anda, macam money2gold... malah dia ada perangai pelik yang mungkin anda tak tahu. Nak tahu perangai pelik Fatin Liyana? sebuah blog pernah tampilkan dalam entrinya - Perangai Pelik Fatin Liyana Didedahkan!
 
 
Adakah kerana beberapa isu yang dibangkitkan oleh blogger lain yang mungkin dengki dengan kejayaannya sehingga ternobat sebagai salah seorang yang dicari dalam Google Malaysia pada tahun 2011?
Sebenarnya, apa yang Fatin Liyana tulis di dalam blognya adalah merupakan kisah-kisah istimewa yang berlaku di dalam hidupanya. Kerana itulah ia jadi unik, kerana tidak semua perkara berlaku pada semua orang. Maka, disebabkan cerita-cerita adalah satu eksklusif pada dirinya, maka dikongsikan untuk tatapan pembaca blog.
Apabila sesuatu yang istimewa dikongsi dan dijadikan satu entri, tentu sahaja ia akan menjadikan entri itu sebuah pembacaan yang menarik. Ia sudah diolah dengan segala rasa yang menjadikan ia begitu istimewa.
Maka, andai anda seorang blogger yang ingin dan mahu blog anda dibaca ramai, buatlah seperti apa yang Fatin Liyana lakukan, iaitu menulis perkara-perkara istimewa yang berlaku dalam hidup. Inilah sebab utama kenapa blog Fatin Liyana best! Setuju?
Kredit Foto: Fatin Liyana
~p/s: salah satu sebab lagi blog fatin liyana ramai pengunjung sebb dia santek sangat

1 comment:

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..