Pages

Friday, December 14, 2012

STRESS???

Tips Kurangkan Stress Semasa Bekerja

 Stress akan timbul bila-bila masa sahaja. Tetapi, sedar atau tidak kita dengan keadaan sedemikian bergantung kepada kawalan emosi yang sebaiknya. Susah untuk mengawal hati dan perasaan yang datangnya daripada nafsu yang membuak-buka tetapi, senang jika ada penghalang kepadanya. Betul! Ada yang mengatakan stress ini berpunca daripada diri kita sendiri tetapi tahukah kamu bagaimana untuk mengurangkan stress semasa bekerja ? 


Dalam pekerjaan, memang akan ada perasaan stress. Lebih-lebih lagi jika kerja berlambak, dengan tekanan yang datang kiri dan kanan untuk menyiapkan kerja dalam tempoh yang pendek. Pelajar juga ada stressnya. Kurangkan dengan cara makan coklat. Ya..coklat membantu dalam menghilangkan stress dengan segera. Ramai tak suka coklat tapi itulah kebaikannya.

Sebenarnya, stress akan datang kalau kita berada dalam tekanan yang membuatkan minda menjadi berat. Payah untuk berfikir dan sebagainya. Seeloknya, ambil iniseatif untuk mengurangkannya dengan rehat sebentar, jangan fikir mengenai kerja atau pelajaran dalam masa 10 minit, regangkan bahu-bahu dan otot-otot, duduk dan tarik nafas panjang. 

Siri televisyen seperti kartun, anime, atau rancangan lawak juga memberi impak positif dalam mengurangkan stress. Bukan itu sahaja, kalau nak dilihat kepada seni, melukis juga amat menenangkan.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..