Singapura: Ibu bapa yang melahirkan anak di republik ini tidak lama lagi
akan mendapat hadiah lumayan daripada kerajaan berikutan langkah
memperbesarkan keluarga yang didedahkan semalam.
Mereka yang melahirkan bayi warga Singapura pada atau selepas 26 Ogos
tahun lalu akan mendapat bonus wang tunai SG$6,000 (RM14,804), meningkat
daripada $4,000 (RM9,870) sebelum ini. Syarat ini tertakluk untuk anak
pertama dan kedua. Untuk anak ketiga dan keempat, hadiah wang tunai
meningkat kepada $8,000 (RM19,741) daripada $6,000 (RM14,804).
Wang tunai itu diberikan secepat mungkin menerusi tiga kali pembayaran
dalam setahun berbanding empat pembayaran dalam tempoh 18 bulan sebelum
ini.
Bayi rakyat tempatan dilahirkan pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu
juga akan mendapat akaun Medisave dengan ganjaran $3,000 (RM7,403).
Ini bagi membantu perbelanjaan penjagaan kesihatan anak dan akan dibayar sebanyak dua kali pembayaran.
Separuh bayaran pertama akan dibayar apabila bayi itu didaftarkan
kelahirannya dan bakinya akan dibayar pada tahun berikutnya dengan
syarat bayi itu mendaftar dengan MediShield. Di bawah pakej yang
diperbaiki itu, kerajaan akan turut melanjutkan peruntukan MediShield
meliputi kacacatan baru yang didiagnosis dan keadaan kelahiran tidak
cukup matang. Ia berkuat kuasa mulai 1 Mac depan. - Straits Times
p/s : money2gold rasa mcm kerajaan dia nak galak rakyat dia byk anak, sebb skim Insurans dan jaminan dah ada
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..