Pages

Sunday, January 20, 2013

Siar manifesto PRU: 'Ada masa, ada syarat'

KUALA LUMPUR - Parti-parti politik yang akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu mengemukakan permohonan jika mahu manifesto masing-masing disiarkan menerusi stesen televisyen kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ia antara syarat ditetapkan dalam garis panduan siaran manifesto.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, anggota Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN) akan diberi hak yang sama untuk menjelaskan manifesto masing-masing.

"Kita akan bagi (mengetengahkan manifesto). Apabila Parlimen sudah dibubarkan, dia (pembangkang) nak jelaskan manifesto, minta pada kita. Kita bagi, tak ada masalah.
"Kalau BN kita bagi sebanyak ini, Pakatan pun kita bagi," kata beliau Media Screening RTM, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, RTM telah menyediakan syarat-syarat bagi siaran manifesto, yang pertama kali akan diamalkan.

Ia juga sebahagian daripada syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan dengan penambahbaikan sistem pilihan raya.

"Kita telah mengeluarkan syarat-syaratnya. Dia harus memohon kepada kita, (antara) syaratnya.

"Dia tak boleh datang macam itu saja. Ada syaratnya, ada masanya," kata beliau yang turut memberi contoh berkenaan permohonan siaran manifesto.

"Kalau Datuk Seri (Abdul) Hadi Awang (Presiden Pas) nak membentangkan manifesto pakatan pembangkang misalnya, dia boleh datang memohon pada kita. Kita bagi," jelasnya.

Parti-parti politik itu diperuntukkan beberapa minit bagi mengetengahkan dasar pilihan raya masing-masing.

"Kalau nak jelaskan dasar anda, OK... kami beri beberapa minit. BN nak buat? Kami beri beberapa minit," katanya.

Sebelum ini, kementerian telah bersetuju untuk memberi ruang kepada pembangkang menjelaskan manifesto mereka kepada rakyat menerusi siaran televisyen semasa tempoh berkempen PRU13.

Baru-baru ini Sinar Harian Online membawa laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan mesyuarat khas peringkat akhir bagi merangka mekanisme siaran manifesto PRU13.

Mesyuarat itu telah diadakan awal tahun ini.


~p/s : kalau tengok berita media macam dah dekat dahh

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..