Pages

Saturday, January 05, 2013

Temuduga Bakal Pekerja Dalam Keadaan Bogel



Temuduga Bakal Pekerja Dalam Keadaan Bogel - Seorang pemilik kafe di utara Britain berdepan hukuman penjara selepas dia mengaku mengendalikan temuduga kerja dalam keadaan bogel.

David Richards, 53, mengaku melakukan perbuatan itu selepas menjemput tiga orang iaitu dua remaja perempuan berusia 15 dan 16 tahun serta seorang wanita berusia 30 tahun ke kafenya, Rioco untuk ditemuduga.

Jemputan berkenaan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Pada hari temuduga, ketika pemohon mengetuk pintu, dia membuka pintu tersebut dalam keadaan berbogel.

David memberi alasan dia sedang memakai baju namun kemudiannya meneruskan temuduga itu tanpa seurat benang pun.

Ketiga-tiga pencari kerja yang terkejut dengan perbuatan itu, terus melarikan diri sebelum membuat laporan polis, yang kemudiannya menahan ahli perniagaan terbabit.

Richards pada mulanya mengaku tidak bersalah namun pada hari perbicaraan dia menukar pengakuan atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh.

Hakim Stephen Ashurst mengarahkan pegawai memantau kesan tindakan Richards kepada wanita itu sebelum hukuman diputuskan tidak lama lagi. – paapaada.blogspot

__________________

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..