Pages

Friday, February 01, 2013

Angry Penipuan di kaunter tabung haji..

~~ INi cerita money2gold dpt dari forum, kalau ikut bukti dlm pict nie betulag mcm diceritakan...apa-apa pun jgn tuduh tuduh...zassss jom baca

Banyak yang aku dengar kes penipuan mereka yang bekerja di kaunter tabung haji muar.. Ada yang keluar duit ribu2.. Bila balik kat rumah, kira balik duitnya tak cukup. Ada juga anak semak duit ibu ayah mereka, ada pengeluaran tanpa pengetahuan mereka...

Baru tadi ada seorang makcik ni nak masukkan rm50,000 tapi sistem tak boleh terima dengan jumlah tersebut besar (apa la punya sistem yang kehendak sumber duit tersebut... Agaknya takut duit tu duit rompak atau duit rasuah...) jadi terpaksa pecahkan 2 kemasukan - rm30,000 dan rm20,000. Apa terjadi kat sini kerani key in rm30,000 dah okay... Bila jumlah rm20,000 boleh dia key in rm20 aje... Nasib baik ada buat semakan... Kalau kes tak semak makcik ini sudah pasti kerugian rm19,980....

Bila beritahu pasal jumlah tersebut... Dengan selamba kata maaf kesilapan masuk duit...Banyak kes dah lama baru tahu kesilapan telah berlaku..

Makcik ini terpaksa buat penambahan rm20 untuk topup kesilapan kerani ini..

Jadi kepada mereka yang berurusan dengan tabung haji muar kena berhati-hati... Kalau mak bapak yang tak pandai menulis atau mengira tu, pastikan ianya berteman dan buat semakan terhadap transaksi yang dibuat. Kalau keluarkan duit pastikan suruh mereka buat kiraan dengan mesin kira duit... Perhatikan pergerakan tangan mereka... Jangan terlampau percaya yang mereka bekerja di institusi berlandaskan agama, mereka yang bekerja di situ juga ada agama dan iman yang baik...

SEKADAR INGATAN SUPAYA TIDAK ADA YANG TERTIPU..

 ~

~ money2gold : kecuaian boleh menyusahkan diri sendiri dan org lain, tapi dlm kes ini pelik duit tak boleh masuk sekali RM50K sebab sistem ? Dan kebetulan pulak KEY IN kali kedua utk baki jumlah tu silap hmmm ada sesuatu nie, selamba jer mcm dah pengalaman nie...kerja tu biar amanah...

 

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..