Pages

Tuesday, February 05, 2013

BR1M : CARA

Menyemak Status Permohonan BR1M Bermula 4 Feb 2013 - Info

 

 

Pembayaran BR1M kepada pemohon yang berjaya akan di buat dalam bentuk baucer tunai bermula 3 Feb 2013 yang akan dilakukan secara berperingkat sehingga 15 Mac depan.



Berikut adalah cara semakan keputusan BR1M 2.0.

Baucar boleh ditunaikan di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank dan CIMB di seluruh negara.
Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka dengan menghubungi talian hotline 
1-800-222-500 @ 1-300-88-3010 Mulai 4 Februari 2013 ini. 
Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja. 
Pertanyaan melalui email pula dengan menghantar email ke belanjawan2012@treasury.gov.my
Penerima BR1M yang tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan pula boleh mendapatkan baucar bayaran masing-masing di Pejabat Daerah dan Pejabat Pembangunan Negeri untuk kawasan masing-masing.
Tempoh penyerahan borang BR1M juga dilanjutkan selama satu bulan sehingga 10 Feb ini. Syarat-syarat permohonan adalah :
Isi rumah yang layak (RM500):

(i) Warganegara Malaysia; 
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah. 
Individu yang layak (RM250):
(i) Warganegara Malaysia; 
(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.
Pemohon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan .Dapatkan BORANG RAYUAN DI SINI

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..