Pages

Thursday, February 28, 2013

Khasiat Jus Nanas : PETUA MELAYU LAMA


 PETUA MELAYU LAMA
Khasiat Jus Nanas

Nanas sejenis buah tropika mengandungi kandungan gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan di bahagian bibir dan kulit muka.

1. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.

2. Untuk Keremajaan Kulit Wajah - Enzim yang terdapat pada nenas dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati. Anda hanya perlu kisar buah nenas dan tapis untuk mendapatkan jusnya. Tambah sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Minum selalu.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..