Pages

Thursday, February 14, 2013

PRU 13 : Guna Dakwat kekal


PRU13 Sah Guna Dakwat Kekal








Akhirnya, sah kerajaan akan gunakan dakwat kekal dalam PRU13 ini. Setelah selesai semua proses undang-undang yang diperlukan maka penggunaan dakwat kekal akan menjadi realiti..
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan akan menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tuntutan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk menggunakan dakwat kekal dalam PRU akan datang dipersetujui dan diluluskan sebulat suara oleh Parlimen.
“SPR akan teliti perkara ini dan kini hanya menunggu persetujuan kerajaan serta kerjasama Jabatan Peguam Negara untuk membuat pindaan undang-undang.
“Pihaknya juga telah mengenal pasti sumber untuk mendapatkan bekalan dakwat kekal itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, tadi.
Menurut beliau, jika perkara-perkara di atas selesai, dakwat itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengkaji kandungannya dan laporan itu akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mengesahkan status halal.
Wan Ahmad berkata, langkah ini penting supaya umat Islam di negara ini tidak terjejas dan dapat mengelakkan timbul isu ataupun keraguan dikalangan umat Islam.
Ketika ditanya tempoh yang akan diambil untuk melaksanakkannya beliau berkata, sepatutnya ia tidak akan 
mengambil masa yang lama.
“Sudah tentu proses ini boleh disegerakan kerana usul ini telah dipersetujui oleh Parlimen dan Jabatan Peguam Negara hanya perlu menyediakan butir-butir pindaan undang-undang sahaja.Hanya tunggu kelulusan dari pihak kerajaan sahaja”
“Ia terkandung dalam Undang-undang Peraturan  (Penjalanan Pilihanaraya) 1981. Dalam proses ini, hanya sedikit pindaan akan dibuat yang akan diuruskan oleh Jabatan Peguam Negara dan Inisiatif SPR untuk memastikan proses ini berjalan dengan lancar,” katanya.
Dalam perkembangan berkaian, Wan Ahmad berharap pihak-pihak yang sering membuat andaian dan menuntut agar penggunaan dakwat kekal ini dilaksanakan akan berpuas hati



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..