Pages

Monday, March 18, 2013

20 lelaki ditahan kes rogol pelancong Swiss

Polis India mengiringi pelancong wanita Swiss (menutup kepala) untuk mendapat rawatan perubatan di Gwalior, Madhya Pradesh kelmarin. - Foto AP
NEW DELHI: Polis di tengah India semalam berkata mereka menahan 20 lelaki selepas seorang wanita Switzerland yang melancong dengan suaminya dirogol beramai-ramai.

Polis menyoal siasat lelaki berkenaan berkaitan kes rogol wanita itu malam Jumaat lalu di daerah Datia di negeri Madhya Pradesh, menurut pegawai kanan polis, D K Arya.
Pasangan berkenaan memberitahu polis wanita itu dirogol tujuh atau lapan lelaki tetapi keadaan gelap dan mereka tidak pasti bilangan sebenar, kata Arya. Mereka berkata, suami mangsa turut diserang kumpulan lelaki berkenaan.
Serangan dibuat tiga bulan selepas kes rogol membawa maut terhadap seorang wanita di dalam bas di New Delhi yang menaikkan kemarahan rakyat dan mendorong kerajaan meluluskan undang-undang melindungi wanita.

Wanita itu, 39, dirawat kelmarin di hospital di bandar raya Gwalior dan dibenarkan pulang lewat hari itu, kata polis.

Arya berkata, sebagai langkah awal, polis mendaftarkan kes rogol terhadap tujuh lelaki manakala menjalankan usaha memburu beberapa suspek lagi di kampung berhampiran.

Serangan dibuat tiga bulan selepas kes rogol membawa maut terhadap seorang wanita di dalam bas di New Delhi yang menaikkan kemarahan rakyat dan mendorong kerajaan meluluskan undang-undang melindungi wanita.

Pasangan itu, yang sedang bercuti selama tiga bulan di India, melawat kuil di Orchha dan bercadang menunggang basikal ke Agra untuk melawat Taj Mahal, hampir 210 kilometer dari situ.
Mereka bertolak dari Orchha Jumaat lalu dan mendirikan khemah di hutan berhampiran kampung Jatia apabila diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu, kata polis.

Kumpulan lelaki terbabit memukul suami, mengikatnya pada pokok dan merogol isterinya, kata polis. - AP


sumber:





No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..