Pages

Wednesday, March 20, 2013

52 maut menjelang sambutan ke-10 Perang Iraq

52 maut menjelang sambutan ke-10 Perang Iraq

 BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 52 maut dalam siri serangan di Iraq semalam ketika beberapa menteri melancarkan boikot berikutan kelewatan pilihan raya wilayah serta menjelang sambutan ke-10 Perang Iraq yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

Lebih 20 letupan dan beberapa siri serangan senjata api yang meletus menyebabkan lebih 170 orang cedera. Ia dianggap insiden berdarah terbesar sejak enam bulan lalu.

Kebanyakan serangan semalam berlaku di daerah yang diduduki pengikut Syiah di pinggir Baghdad yang berlaku sejak awal subuh.


Keadaan itu memaksa pihak keselamatan melancarkan operasi memburu di setiap pintu masuk dan menutup jalan raya utama ke ibu negara berkenaan.

Sekurang-kurangnya 15 serangan itu membabitkan letupan bom kereta termasuk dua membabitkan serangan berani mati.

Serangan semalam adalah yang terbesar sejak 9 September tahun lalu yang mengorbankan 76 nyawa. - AFP

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..