Pages

Friday, March 29, 2013

Fitnah NSK Supermarket Selayang Jual Babi, Itu Kambing

FITNAH 

Sehari Dua Lepas kecoh Di FB pasal Kes Ini..itulah Share tanpa Usul Periksa, menurut seorang rakan yg tiap-tiap hari ke NSK Selayang nie..tak ada satu pon produk tak halal dijual di situ..Jom kita tengok bagaimana bermula isu ini..berpunca dari sekeping foto yg ditafsir seribu macam kata " A Picture With 1001 Word"... Tapi kalau daging IBAB nie mana jual sekor beku mcm nie..siap potong ada laa hahahaah pernah tengok kt Cxxxx heheheheh

NSK Supermarket Selayang Bukan Jual Babi, Itu Kambing





NSK Supermarket Selayang Bukan Jual Babi, Itu Kambing


NSK Selayang menafikan ada daging khinzir dijual di premis berkenaan seperti mana dakwaan pemilik akaun sebuah laman sosial menerusi gambar yang sebarkan.

Wakil Bahagian Sumber Manusia NSK Selayang, Siti Afilah Che Min berkata, tiada daging babi segar dijual di premis berkenaan sebalik ia terdapat dalam produk tin sahaja.

(BACA:

DAGING BABI DAN DAGING LEMBU DIJUAL SEKALI DI NSK SUPERMARKET SELAYANG


Menurutnya, imej daging dalam troli yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit adalah kambing sejuk beku dari New Zealand.


“Sejurus mendapat maklumat di laman sosial, semakan mendapati daging kambing itu disalut plastik sehingga dilihat seperti daging babi dan menimbulkan kekeliruan.

“Kita turut menerima banyak aduan berhubung perkara itu dan menegaskan NSK Selayang tidak menjual produk daging babi segar,” katanya.

Beliau berharap penjelasan itu akan dapat menepis segala kekeliruan yang timbul sekali gus pengguna tidak ragu untuk terus membeli daging di NSK Selayang.

Difahamkan, gambar memaparkan imej dua ketulan daging didakwa babi mula tersebar di laman sosial, bermula semalam.

Sumber mendakwa, daging itu diletakkan dalam troli tanpa berbalut sementara menunggu untuk dipotong menjadi kepingan kecil.

Sumber berkenaan turut bimbang sekiranya daging babi itu dijadikan kepingan kecil menggunakan mesin pemotong sama dengan daging lain di pasaraya berkenaan.

kredit

 ~ Money2Gold : Kalau nak jatuh kan perniaagaan org tu mcm helah sanggup buat..kenape tak buat kt AEO BIG ( dulu CAREFOUR ) atau TESCO ker Sah Sah ada jual daging tak halal dan arak yg halal dijual walau pun haram diminum di negara Islam

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..