Pages

Friday, March 15, 2013

Isteri Apek Leuniey Natasha Hamil






Sudah masuk 3 bulan usia perkahwinan Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi Che Mat. Pastinya Apek dan Leuniey masih berada di dalam fasa bulan madu. Bercakap mengenai cahaya mata sebelum ini, kedua-dua pengantin baru ini memberitahu yang mereka tidak menolak sekiranya diberikan rezeki awal.
Sehingga ke hari ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada mereka berdua mengenai perkara ini. Namun begitu, kemungkinan Leuniey dengan secara tidak sengaja telah memberitahu pengikutnya di Instagram bahawa dirinya kini sudah hamil menerusi salah satu gambar yang diupload ke applikasi sosial tersebut.
Namun hal ini masih tidak boleh dipastikan kerana Leuniey sememangnya dikenali dengan gurauannya bersama rakan-rakan rapat. Lagipun kata-kata tersebut dikeluarkan oleh rakan baik Leuniey, Ezuwan Ismail dan bukannya daripada kata-kata Leuniey sendiri. Apa pun kalau betul hamil, tahniah diucapkan. Kalau belum, semoga dimurahkan rezeki dan dipercepatkan urusan.

 

 

 

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..