Pages

Friday, March 22, 2013

PANAS !!! PRU 13 : Dakwat kekal wajib untuk semua


IPOH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewajibkan calitan dakwat kekal pada jari pengundi sebelum mereka dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan, langkah itu adalah untuk menyempurnakan proses undian pada pilihan raya kali ini.

"Calitan dakwat kekal adalah wajib bagi semua pengundi. Bagaimanapun, bagi pengundi kurang upaya, dakwat berkenaan boleh dicalit pada mana-mana bahagian tubuh, khususnya tangan," tegasnya pada sidang media sempena Taklimat Persediaan Menghadapi PRU13 di sini, semalam.

Wan Ahmad memaklumkan, SPR bakal melaksanakan tugas sebaik mungkin demi menjamin kelancaran proses undian pada PRU13 dan berharap pengundi tidak menimbulkan masalah terutama ketika keluar mengundi di pusat-pusat undi yang ditetapkan.

Katanya, sebarang masalah yang ditimbulkan dikhuatiri boleh mengganggu kelancaran proses undian di pusat-pusat undi dan bakal memberi kesan khususnya dari segi keputusan pilihan raya.

"Kita nasihatkan pengundi mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh ketua di pusat mengundi bagi memastikan undian dapat dilaksanakan dengan lancar. Kelancaran proses undian, terutama pengiraan undi akan membolehkan keputusan diketahui lebih cepat dan tepat.

"Oleh itu, janganlah parti-parti politik terus prejudis serta berprasangka terhadap SPR. Nasihati dan ajar pengundi atau pengikut masing-masing agar tidak melanggar peraturan," tegasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa SPR telah melantik 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu kelancaran proses undian.

Menurutnya, semua NGO merupakan tenaga profesional yang menyertai kakitangan SPR bagi memantau perjalanan pilihan raya mulai dari penamaan calon, kempen, hari mengundi sehingga ke proses pengiraan undi.

“Selain itu, kita akan turut memiliki pemerhati dari luar negara. Jadi, apa nak dihairankan lagi? Mengapa masih ramai yang mempersoalkan ketelusan SPR?,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/politi...semua-1.141880

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..