Pages

Monday, April 15, 2013

90% bekalan pulih hari ini

Ampang: Gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa taman perumahan sekitar Bukit Antarabangsa di sini, masih berlanjutan sejak Jumaat lalu, namun lori bekalan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sentiasa sampai mengikut jadual.
Tinjauan Harian Metro ke beberapa taman perumahan sekitar Bukit Antarabangsa seperti di Taman Bukit Utama, Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Mulia mendapati beberapa lori tangki digerakkan bagi memberi bantuan air.

Penduduk Taman Bukit Utama, Megat Amirul Ashraf Megat Azhar, 22, berkata, sebanyak tiga lori tangki SYABAS sampai sekitar jam empat petang sejak Jumaat lalu bagi menyalurkan bantuan bekalan air.
“Kami difahamkan, notis gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang ini akan berakhir esok (hari ini),” katanya.

“Untuk menjimatkan penggunaan air kami hanya makan di luar dan mengehadkan aktiviti luar. Kami juga berpuas hati dengan tindakan pantas pihak SYABAS yang sentiasa bertungkus-lumus menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS berkata, kerja pembaikan paip pecah di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak siap sepenuhnya pada jam 7 malam 12 April lalu.
Foto
PENDUDUK Taman Bukit Utama menadah air yang dibekalkan SYABAS.
“Bekalan air kepada 61,392 akaun pengguna di 55 kawasan yang mengalami gangguan di Wilayah Gombak sudah pulih. Bagi Wilayah Kuala Lumpur, 70 peratus daripada 28,368 akaun pengguna di 28 kawasan sudah dipulihkan.

read more

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..