Pages

Tuesday, April 30, 2013

Minyak Turun 50 sen utk Pengundi Balik Mengundi -Betul ker?


~ Dengar khabar angin Minyak Akan diturunkan dlm bulan depan..bg membolehkan pengundi balik mengundi..dan salah satu alat kempen BN yg memerintah ( Sementara ) dlm waktu berkempen ni..apa pa pun kita tunggu laa...Turun tak naik naik lagi bagus...Mantan Menteri kata 50 sen..betul ker? cuba baca kat bawah tu..





Noh Cabar Pembangkang Umum Nilai Harga Minyak Yang Akan Diturunkan
PARIT BUNTAR, 29 April (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini mencabar pakatan pembangkang untuk mengumumkan nilai harga minyak yang akan diturunkan jika berjaya mentadbir negara.

Beliau berkata dalam manifesto pembangkang, mereka hanya menyebut akan menurunkan harga minyak namun tidak pernah menyebut jumlah yang akan diturunkan.

"Dalam manifesto pembangkang dia kata kalau pakatan menang, dia hendak turunkan harga minyak tapi kita hendak tahu berapa harga minyak yang hendak diturunkan.

"Adakah dia ada umumkan? berapa? Ini menunjukan mereka terus hendak menipu rakyat kerana dia tidak bagi tahu berapa nilai penurunanya. Sama ada percuma atau pun hendak bagi turun 50 sen," katanya kepada pemberita pada majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama rakyat di sini Isnin.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..