Pages

Monday, April 01, 2013

Rai hari lahir anak atas helikopter


Putrajaya: Selain belon panas, pengunjung yang menghadiri Fiesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya kali kelima di sini turut tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menaiki helikopter mengelilingi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini.
Walaupun harga tiketnya agak mahal, ramai pengunjung tidak mempedulikannya kerana beranggapan peluang itu sukar diperoleh di tempat lain.

Bagi Rasdi Jumaat, 38, dia sanggup berbelanja lebih sedikit untuk meraikan hari lahir anak lelakinya kerana peluang menaiki helikopter bersama keluarga mungkin datang sekali seumur hidup.
“Kami datang untuk naik belon panas, tetapi tidak berpeluang kerana ia diadakan awal pagi, jadi sebagai hadiah untuk anak lelaki yang menyambut hari lahir keenam semalam (kelmarin), saya mengajak isteri dan anak menaiki helikopter.

~ SELANJUTNYA~

~ admin: untung anak sapa nie..hebat bapa dia..

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..