Pages

Tuesday, April 23, 2013

Tindakan bijak hari ini,menentukan kejayaan hari esok-


-TIPS PELABURAN EMAS Tindakan bijak hari ini,menentukan kejayaan hari esok-
Terdapat 2 pelan tindakan yang perlu anda ambil:
1#Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.
Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG!
Anda perlu membeli emas dahulu kemudian barulah tunggu harganya naik.
Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali.
Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”.
Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal 
Jarang kita jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.
Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas ketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.
Jadi ambil tindakan sekarang!!
>>Langkah pertama – beli emas sekarang!<<<
2#Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.
Setelah memulakan langkah pertama anda, maka langkah kedua ialah membeli emas secara konsisten. Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan.
Contohnya anda meletakkan target untuk membeli sekeping dinar setiap 3 bulan.
Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperoleh keuntungan dengan kaedah pemurataan kos (cost averaging). Di dalam trend harga emas yang menaik atau menurun, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika anda membeli emas dengan konsisten.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..