Pages

Wednesday, May 08, 2013

PESERTA SERTAI PERHIMPUNAN HARI INI 8 MEI 2013 AKAN DITAHAN POLIS

Peserta yang sertai perhimpunan anjuran pembangkang pada 8 Mei 2013 akan ditahan Polis. Pihak polis sekali lagi menegaskan bahawa mana-mana individu yang menyertai perhimpunan haram tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana akan mencetuskan provokasi. Himpunan rakyat diadakan adalah untuk menyuarakan rasa tidak puas hati pembangkang dengan keputusan PRU13. Menurut pihak polis, tiada sebarang permohonan rasmi diterima untuk mengadakan perhimpunan tersebut.




Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan. Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah di sisi undang-undang.


Tujuan Perhimpunan Suara Rakyat 8 Mei 2013
Perhimpunan ini dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menolak sebarang penipuan dalam PRU13. Tujuan utama beliau adalah menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13. Perjalanan pilihanraya kali ini telah “dicuri” daripada rakyat melalui proses penipuan.


Langkah pertama Anwar, menganjurkan perhimpunan 8 Mei 2013 di Stadium Kelana Jaya untuk tujuan tersebut. Anwar akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil-BERSIH untuk memastikan SPR yang baru dan bebas ditubuhkan.

~

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..