Pages

Friday, June 14, 2013

Lifetime lantik Yuna jadi duta



Saluran televisyen wanita di Amerika Syarikat, Lifetime (Astro saluran 709) telah memilih penyanyi yang sedang menempa nama di peringkat antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna menjadi duta mereka bermula hari ini (Jumaat).

Menurut Hazel Yap yang merupakan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi AETN All Asia Network, pemilihan Yuna hanya untuk memperkenalkan saluran ini dan menjayakan kempen di peringkat Malaysia.

"Perlantikan Yuna hanya sebagai menunjukan kepada penonton kami erti sebenar Lifetime dalam kehidupan mereka. Dari situ Yuna berkongsi pandangan dan pendapat sepanjang kempen pemasaran serta penjenamaan saluran ini diadakan.

"Bukan sahaja Yuna, malah terdapat beberapa nama penting lain yang menyokong kempen Lifetime di Malaysia," ujarnya.

Memfokuskan program dari pelbagai aspek gaya hidup, Lifetime turut memilih beberapa orang nama besar dalam bidang masing-masing seperti chef tempatan terkenal, Chef Kamarul; pengasas Nuffnang, Timothy Tiah dan juga bekas finalis Miss Malaysia World, N Jecyrina.

Bagi memperkenalkan saluran ini kepada orang ramai, satu laman khas iaitu Lifetime Malaysia Facebook Page dihasilkan dan juga aplikasi One Lifetime.

Bersempena dengan pelancaran saluran Lifetime hari ini, pelbagai program menarik telah disusun antaranya filem lakonan Lindsay Lohan dan Grant Bowler, "Liz & Dick" dan "Ring Of Fire" yang dibintangi penyanyi Jewel.



~ Money2Gold : Untung Yuna..murah rezeki..



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..