Pages

Tuesday, July 23, 2013

CARA TENTUKAN JANTINA BAYI DARI CARTA KUNO CINA





Lumrah kehidupan..setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menginginkan cahayamata..Ada yang mahu anak lelaki dan ada juga yang mahukan anak perempuan.Tetapi kita hanya merancang,Tuhan yang menentukan segalanya..Begitu juga dengan diri saya..Alhamdulillah sekarang  saya memiliki 3 orang cahayamata yang ke semuanya berjantina lelaki..he3..Seperti ibu2 yang lain saya pun teringin jugak nak mempunyai bayi perempuan,tapi mungkin da tersurat buat masa ni saya hanya mampu mendapatkan anak lelaki sahaja..akan datang tak tau la pulak..kot2 terbuka hati nak menambah lagi..buat masa sekarang lum terfikir..Carta ni saya terjumpa da lame dah, selepas melahirkan anak yang pertama,masa tu duk gugel cari info macam mana nak dapatkan bayi perempuan..terjumpa pulak carta ni.So pada yang nak mencuba,boleh la belek2 carta di bawah,mana tau menjadi ke..he3..




Carta kuno yang berasal dari Peking, China ini menarik perhatian seluruh dunia apabila dijumpai baru-baru ini tertanam di kawasan makam raja China berhampiran Peking. Ia kemudiannya dipamirkan Institute Sains Beijing. Carta ini dipercayai berusia lebih 700 tahun. Panduan dari carta ini menjadi ikutan beribu-ribu pasangan suami isteri seluruh dunia dan ianya semakin popular apabila ramalan carta ini kebetulan 99% tepat.

Anda boleh memilih jantina bayi melalui carta ini samada inginkan anak lelaki atau anak perempuan. Melalui carta ini, para ibu dapat mengetahui jantina anak yang bakal lahir melalui umur ibu semasa persenyawaan berlaku.



kredit sumber dari:




 Contoh :
Umur Emilia 27 tahun dan kandungannya bakal lahir pada awal bulan September.
Ini bererti persenyawaan berlaku pada awal bulan Januari.
Maka lihat carta :
Umur 27 bulan Januari = Perempuan.


Apapun, ianya terpulang kepada individu tersebut samada percaya atau tidak mengenai carta kuno ini. Perlu diingatkan kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Samada lelaki atau perempuan bayi tersebut, asalkan bayi itu sihat dan cukup sifat ia sangat memadai. Kita haruslah bersyukur dengan pemberian rezeki tersebut kerana banyak lagi pasangan yang tidak boleh melahirkan anak.


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..