Jom ikuti kisah Najib dan nasib peminjam PTPTN mulai Ogos Ini
KISAH NAJIB DAN CCRIS
Najib telah memiliki kad kredit dari
Maybank dengan jumlah bayaran minimum setiap bulan RM400.00. Dalam masa
yang sama, Najib juga ada membeli kereta dan pinjaman kereta tersebut
dari Public Bank dengan jumlah ansuran bulan RM750.00 sebulan.
Ini bermaksud Najib telah mempunyai hutang dengan dua buah intitusi
kewangan iaitu dari Maybank untuk kad kredit dan Public Bank untuk
pinjaman kereta.
Kedua - dua maklumat serta rekod bayaran balik
berkenaan hutang Najib ini, iaitu dari pihak Maybank dan Public Bank
akan menghantarnya ke bank negara bagi dimasukan ke dalam sistem CCRIS
ini secara bulanan.
Selang beberapa tempoh Najib ingin memohon pinjaman peribadi dari Ambank pula.
Apabila Najib mengemukan permohonan untuk melakukan pinjaman perumahan
atau peribadi, perkara pertama yang akan dibuat oleh kakitangan pihak
bank ialah menyemak status kredit atau komitmen kewangan Najib didalam
sistem CCRIS.
Ini bermakna maklumat kredit Najib bukanlah
rahsia bagi setiap bank. Walapun Najib mempunyai hutang dengan Maybank,
pihak Ambank juga boleh mengetahuinya dengan merujuk kepada sistem CCRIS
ini yang telah dipusatkan di bank negara.
Jika pihak Ambank
mendapati jumlah pinjaman atau hutang semasa Najib adalah seimbang
dengan kadar gaji dan rekod bayaran baliknya juga cantik iaitu tidak ada
tertunggak atau kelewatan bayaran, pihak Ambank boleh mempertimbangkan
untuk meluluskan pinjaman perumahan atau peribadi yang dipohon Najib
bergantung pada jumlah yang dipohon.
Tetapi, jika selepas
semakan dengan sistem CCRIS oleh pihak Ambank mendapati rekod bayaran
balik hutang kad kredit Najib dengan Maybank telah tertunggak selama 2
bulan, pihak Ambank (dan juga bank-bank lain) akan serta merta menolak
permohonan pinjaman beliau.
Begitu juga jika kes ini berlaku
pada hutang kereta beliau. Apa yang perlu dilakukan Najib ialah, beliau
perlu menjelaskan segera hutang - hutang tertunggak tersebut dan selepas
3 bulan baru beliau boleh mengemukakan permohonan baru.
Ini kerana selalunya, tempoh 3 bulan diambil bagi membersihkan rekod tertunggak di dalam sistem CRRIS.
Ada juga kes yang mengambil masa berbulan - bulan bagi membersihkan "bad record" tersebut.
Pengumuman Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Dato Indris Jusoh untuk
menggunapakai sistem yang sama seperti yang disebut diatas terhadap
peminjam - peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional PTPTN membawa
maksud peminjam PTPTN akan berhadapan situasi yang sama seperti "Najib".
Cuma bezanya Najib sedikit beruntung kerana sudah memiliki kad kredit
dan kereta. Jika permohonan Najib ditolak kerana adanya tunggakan
hutang, beliau cuma perlu menjelaskan segera tunggakkan tersebut yang
mungkin seribu atau dua ringgit.
Najib juga mungkin sudah
mempunyai pekerjaan tetap dan begaji selesa. Berbeza dengan rata-rata
peminjan PTPTN yang mengambil masa setahun lebih untuk mendapatkan
pekerjaan dan selepas itu mengambil masa tiga atau empat tahun untuk
mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil.
Secara kasarnya boleh dikatakan hutang tertunggak seseorang mahasiswa itu dengan PTPTN sudah 3 tahun (tidak temasuk bunga).
Cuba bayangkan jumlah yang perlu diselesaikan segera oleh mahasiswa
tersebut jika dia mahu membuat pinjaman untuk membeli kereta Myvi untuk
kegunaan harian ke tempat kerja.
~ money2gold : kesan yg besar pada peminjam PTPTN dah kena baru tau rasa...
Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..