Pages

Friday, August 02, 2013

Pelaburan Mata Wang Yg Berpotensi tinggi : iNI bUKTI NYA

 Pelaburan mata wang Iraq Dinar (IQD)~ Kyat Myanmar ( Kyatt) ~ Vietnam Dong ( Dong )

cerita dari seorg y pernah merasai "Cash In" beberapa mata wang Oleh knizams

“Assalammualaikum,
Saya merupakan salah seorang yang menjalankan aktiviti menjual Koleksi Set Dinar Iraq. Saya telah membaca komen yang dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam dan didapati bahawa mereka sendiri tidak mengetahui apa yang mereka perkatakan.
Adalah amat memalukan jika dilihat kepada tindak tanduk pemimpin di dalam persatuan tersebut yang kononnya memperjuangkan aktiviti kepenggunaan.
Sebelum saya menjalankan perniagaan ini, saya sendiri telah memeriksa dengan Bank Negara Malaysia mengenai status Koleksi Set dan terbukti tidak salah di sisi undang-undang ( BAFIA, AMLA).
Dua perkara berbeza, Koleksi Set dan Currency Trade. Koleksi Set Matawang tidak salah diniagakan tetapi jika menjalankan Currency Trade ( macam money changer ) anda perlukan lesen drpd BNM. Jangan mudah menuduh sesuatu itu skim kerana menyimpan matawang untuk dijadikan sebagai POTENSI MASA DEPAN adalah perkara biasa di luar negara dan sebahagian kecil komuniti yang memahaminya di Malaysia. Jika tidak tahu, bertanyalah kepada yang mengetahui.
Jangan hanya merujuk kepada satu dua orang yang menunujuk pandai di dalam bidang yang mereka sendiri bukan ahlinya. Saya sendiri merupakan lepasan di dalam bidang ekonomi dari salah sebuah Universiti Terkemuka di US. Adakah anda ingin mengatakan bahawa orang ramai yang sedang membeli Dinar Iraq di serata dunia merupakan orang yang terlibat dengan SKIM ataupun ditipu buta-buta.
Lihatlah sejarah matawang dunia secara terperinci dahulu. Adakah pihak Persatuan berani untuk mengatakan Dinar Iraq tiada nilai mahupun potensi masa depan? Ini adalah salah satu peluang bagi orang Melayu untuk mendapat sesuatu yang sangat berharga. Kaum Cina telah mendahului.
Kenapa apabila ada sahaja peluang yang datang, hanya orang Melayu sahaja yang dikatakan BODOH kerana terlibat dengan “SKIM”. Hello… ini zaman globalisasi.. satu dunia, sedang berlumba-lumba membeli Dinar.. cubalah rujuk sendiri di laman web Bank Pusat Iraq dan lihat sendiri STATISTIK tukaran matawang mereka. Orang bijak pandai hanya melihat kepada statistik dan fakta dan bukan kepada tuduhan melulu. Mengenai dakwaan PPI bahawa, sistem piramid digunakan di dalam urusan pemasaran, nampak sangat mereka ini belum cukup matang di dalam mengenali sistem Network Marketing..
Saya tidak mahu komen panjang-panjang mengenai Network Marketing, cuma PPI kenalah lihat dari aspek menyeluruh. Cuba lihat betapa banyak syarikat MLM di Malaysia yang kononnya berlesen tetapi mengaburi mata rakyat Malaysia dengan produk yang tidak berkualiti dan membuat moneygame? Saya rasa adalah lebih baik PPI menjalankan siasatan terperinci terhadap syarikat tersebut terlebih dahulun sebelum menuding jari kepada syarikat yang beroperasi secara global dan memberikan komisyen yang berpatutan.
Beginilah, saya tidak nampak sebarang kerugian dipihak yang membeli Dinar tersebut kerana mereka telah diterangkan dengan terperinci mengenai risiko pelaburan tersebut. Dan mereka melabur dengan rela hati dan sedikit pun tidak menjejaskan keadaan ekonomi mereka. Tanpa perlu bergolok bergadai, meminjam kepada bank seperti mana amalan biasa di syarikat2 MLM untuk jadi CEPAT KAYA dan tidak juga meminjam drpd bank seperti ketika dipujuk rayu untuk membeli AMANAH SAHAM.
Yaa… apa sahaja pelaburan ada risikonya. Kenapa tidak diperjuangkan orang2 yang membeli saham-saham amanah yang merudum jatuh sehingga tidak mampu bangun-bangun lagi? Kenapa ? Saya merasakan ada faktor tertentu yang menyebabkan pihak PPI bertindak mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa. Dan semakin mereka mengeluarkan kenyataan yang berupa prejudis, semakin ramai yang menyertai “SKIM” tersebut. Adakah golongan cerdik pandai, profesional serta tokoh korporat yang menyertai “SKIM” tersebut, tidak pandai berfikir mahupun tertipu dengan FAKTA PALSU? Tepuk Dada Tanya Diri Sendiri.
Bagi saya, yang telah merantau dibanyak negara, telah banyak mengajar saya erti globalisasi dan dasar terbuka. Dan untuk pengetahuan PPI, saya merupakan salah seorang yang bertuah kerana pernah mendapat KEUNTUNGAN daripada kejatuhan matawang Dinar Kuwait dahulu dan juga ketika kejatuhan matawang Rupiah serta Baht. Hanya Jauhari yang mengenak Manikam.. Semoga bertemu di lain masa…
“MELAYU BARU”


Iraq Dinar

Kyat Myanmar


 
Dong Vietnam





~ money2gold : Pelaburan yg Berbaloi...



1 comment:

  1. Hallo..
    Nama saya Arif, partner manager program afiliasi untuk InstaForex
    Group, broker terbaik di Asia.
    Kami ingin menawarkan kerjasama dalam program afiliasi yang
    memungkinkan Anda mendapatkan $ 1.5-5.3 dari setiap lot pasar standar
    pelanggan Anda. Jika Anda tertarik, silahkan hubungi saya dan saya
    akan memberikan rinciannya.

    Menjadi afiliasi sekarang dan mendapatkan materi informasi untuk situs
    web Anda dengan link afiliasi terintegrasi!
    Kami berharap ada balasan dari anda segera dan Kami akan senang untuk
    membangun kerjasama yang saling menguntungkan dengan Anda.Terima
    kasih.
    Skype: live:arif.ifx
    Facebook: arif.ifxteam
    WhatsApp: +628119056784
    arif@mail4.instaforex.com
    http://ifxid.com

    ReplyDelete

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..