Pages

Tuesday, August 20, 2013

PENYANYI POPULAR DIISHTIHARKAN BANKRAP???


Dalam ruangan Selebriti, Harian Metro hari ini ada gossip tentang seorang penyanyi popular yang dikatakan telah bankrap. Soalnya siapa? Rasanya ramai yang dah tahu tentang gossip ini sebab katanya, gossip ni dah basi. Cuba korang teka siapa.

Mungkin cerita ini basi kerana sudah lama berlaku tetapi apabila masih tiada penyelesaian, logik ia dibangkitkan semula. Ia berkaitan seorang penyanyi tersohor yang liat mahu bayar hutang walaupun mendapat perintah mahkamah.

Walaupun beberapa tahun berlalu, dia masih berkeras tidak mahu bayar kepada pihak yang pernah terbabit menjayakan konsertnya. 

Itupun bayaran tidak seperti dijanjikan kerana di pertengahan konsert, khidmat pihak berkenaan dihentikan atas alasan tidak dapat dielakkan.

Memahami keadaan penyanyi itu, pihak terbabit tidak ambil hati dan bersetuju menerima bayaran selepas selesai konsert terakhir, malah siap bagi diskaun. 

Seperti dijanjikan, pihak berkenaan menerima tiga cek daripada penyanyi itu, tetapi ia cek tendang. Walaupun kecewa, pihak terbabit bagi masa kepada penyanyi itu untuk menyelesaikan hutang itu selepas laporan polis dibuat.

Bagaimanapun, artis itu enggan beri kerjasama, malah tak menjawab panggilan telefon. Keadaan bertambah rumit apabila artis itu beberapa kali menukar nombor telefon semata-mata tidak mahu diganggu. 

Sudahnya, terpaksalah pihak berkenaan bawa perkara ini ke tengah dan menang dalam perbicaraan dan dek kerana penyanyi itu tidak peduli dengan perintah mahkamah supaya melangsaikan hutang berjumlah lebih RM200,000 itu, dia akan diisytiharkan bankrap tidak lama lagi. 

Sha difahamkan, iklan bankrap keluar di akhbar, tetapi penyanyi itu langsung tidak gentar. Apabila pihak terbabit ajak berbincang, dia tidak layan.

Khabarnya pihak itu menghubungi pasangan penyanyi itu, tetapi sudahnya kena maki. Kata pasangan penyanyi itu, dia tidak tahu menahu pasal hutang itu, padahal ketika penyanyi itu serahkan cek tendang, dia ada sama. 

Siap menangis lagi. Dengarnya kalau perkara ini tidak diselesaikan, penyanyi digilai ramai itu akan diisytihar bankrap secara rasmi. 

Khabarnya, bukan dengan pihak terbabit saja penyanyi itu berhutang, tetapi ramai lagi mengejarnya. Malah, kediaman lamanya sering dikunjungi ramai lelaki bertubuh besar hingga buat penghuninya rasa terancam. 

Siapa tidak ketar lutut jika tiba-tiba orang tidak kenali dan bertubuh tegap ada di depan rumah dan bertanya mengenai penyanyi itu, walhal mereka tidak ada kena mengena. 

Kita tunggu saja kesudahan kisah hutang penyanyi itu dan harap ia diselesaikan secara baik. Pihak yang mahu menuntut bayaran itu pun tidak sampai hati lihat penyanyi itu muflis dan sanggup berbincang. – Harian Metro

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..